Sihat

Faraj Kering & Haid Tak Teratur Antara 13 Tanda Menopaus, Wanita Kena Take Note Ini!

9
SHARES
tanda-tanda menopaus

Menopaus merupakan satu fasa yang akan berlaku pada wanita apabila sudah tiba waktunya.  Namun, ramai wanita gagal mengenal pasti sama ada mereka sedang alami atau sebaliknya. Justeru itu, bagi menghuraikan kebingungan anda, mari ikuti tanda-tanda menopaus seperti di bawah.

Baca juga: Kalau Sekarang Perangai Toksik, Ubah Diri Jadi Lebih Baik Dengan 8 Tips Berkesan Ini!

TANDA-TANDA MENOPAUS

tanda-tanda menopaus

Gambar: freepik

1. Keanjalan payudara hilang

Saat menopaus, payudara wanita turut terkesan, sama seperti ia berubah dengan turun naik tahap hormon, bermula dengan pembentukannya ketika akil baligh.

Dalam kebanyakan kes, kehilangan keanjalan payudara berkait rapat dengan perubahan hormon.

Selain itu, payudara jatuh cenderung disebabkan oleh tarikan graviti tisu yang digabungkan dengan kehilangan kekuatan tisu.

2. Berat badan bertambah & metabolisma perlahan

Pertambahan berat badan boleh terjadi kepada sesetengah wanita sebagai simptom menopaus. Tubuh juga mungkin berubah menyebabkan lemak cenderung berkumpul di bahagian pinggang dan jisim otot yang berkurangan.

Seiring pertambahan usia, otot turut merosot secara mendadak dan metabolisme akan menjadi lebih perlahan. Perubahan inilah yang dapat menyumbang kepada kenaikan berat badan semasa menopaus.

3. Menghadapi masalah tidur

Terjaga pada waktu malam atau mengalami kesulitan tidur boleh terjadi atas berbagai sebab, tetapi jika ia asing buat anda, itu mungkin tanda-tanda menopaus.

Malah, ia boleh disebabkan oleh gejala menopaus lain seperti night sweats.

Baca juga: Panduan Jelas Bacaan Darah Tinggi Ikut Umur (Kanak-Kanak & Dewasa), Baru Faham!

4. Peluh malam (night sweats)

Peluh malam adalah panas badan yang berlaku semasa tidur dan boleh menjadi sangat kuat sehingga menjejaskan tidur. Seperti kebanyakan gejala menopaus lain, peluh malam dan panas badan bersifat unik serta berbeza-beza bagi setiap wanita.

Ia juga boleh berlangsung selama seminit atau 5 minit. Juga, boleh menjadi gejala ringan atau parah.

Bagi sesetengah wanita, simptom ini berterusan selama bertahun-tahun atau, bahkan berdekad setelah haid mereka berhenti, hingga masa yang disebut sebagai postmenopause.

5. Faraj kering

Kekeringan faraj, gatal-gatal dan ketidakselesaan mungkin bermula semasa perimenopause dan berterusan hingga menopaus.

Wanita dengan simptom ini mungkin alami kegatalan dan ketidakselesaan semasa bersama. Sekiranya kulit terluka, ia dapat meningkatkan risiko jangkitan.

Vaginitis atropik yang melibatkan penipisan, pengeringan, dan keradangan dinding faraj. Kadangkala boleh berlaku saat menopaus.

6. Menggigil

Hipotalamus adalah bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal suhu badan. Disfungsi hipotalamus boleh menyebabkan badan menjadi terlalu panas (hot flashes) atau menggigil (cold flashes) buat sementara waktu.

Tambah lagi, turun naik hormon semasa menopaus dan perimenopause boleh menyebabkan disfungsi pada hipotalamus.

Baca juga: 8 Petua Mujarab Rawat Masalah ULSER MULUT, Barulah Tak Pedih Kunyah Makanan!

7. Haid tak teratur

tanda-tanda menopaus

Gambar: jcomp

Haid anda mungkin datang dengan lebih kerap, jarang, terlalu berat, lebih ringan, berlangsung dalam tempoh yang lama atau lebih pendek daripada sebelumnya.

Dalam fasa perimenopause, adalah sukar untuk diramalkan bila, atau sama ada, haid yang seterusnya akan tiba. Anda juga bakal alami kesukaran untuk meneka berapa lama haid akan berlangsung atau jika aliran darah menjadi berat atau ringan.

8. Panas badan (hot flashes)

Panas badan amat biasa berlaku dalam fasa menopaus. Ia menyebabkan seseorang merasakan sensasi panas secara mengejut, terutama di bahagian atas badan.

Sensasi panas mungkin bermula di wajah, leher, atau dada dan naik ke atas atau ke bawah. Panas badan juga boleh menyebabkan anda:

  • Banyak berpeluh
  • Timbul tompokan merah pada kulit

9. Lebam yang tidak dijangka

Perimenopause menyebabkan sesetengah wanita menjadi agak cemerkap dan menerima beberapa benjolan. Benjelon kecil itu boleh bertukar menjadi lebam besar dengan cepat.

Hal ini kerana, hormon yang turun naik boleh menjadikan kulit lebih nipis, menjadikan anda lebih mudah lebam. Ini adalah tanda-tanda anda boleh menuju ke menopaus awal.

10. Bau badan

Sudah tentu, peluh berlebihan yang mengiringi peluh malam dan panas badan boleh menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.

Penjelasannya adalah disebabkan penurunan paras estrogen ‘menipu’ kelenjar hipotalamus untuk berfikir anda terlalu panas, memberi isyarat kepada badan untuk berpeluh lebih banyak. Perhatikan tanda-tanda ini anda berada dalam perimenopause.

Baca juga: Ini 3 Punca Suami Lambat Pancut Sampai Isteri Penat Menunggu, Penyakit Ini Ramai Tak Tahu!

11. Pelupa

Perubahan hormon bersama-sama dengan gejala pramenopaus seperti perubahan mood dan masalah tidur mungkin menjadikan anda lebih pelupa dan kurang fokus. Selain, tekanan juga yang memainkan peranan.

12. Tumbuh ‘misai’ dan ‘janggut’

Tumbuh bulu-bulu misai dan janggut pada wajah boleh menjadi tanda-tanda menopaus. Menurut sumber, ini merupakan simptom yang biasa dilalui menjelang berakhirnya haid anda.

Seiring dengan pertumbuhan rerambut pada tempat-tempat baru ini, rambut sebenar pada kepala anda pula akan menjadi semakin kering, rapuh, dan menipis hingga menyebabkan keguguran rambut.

13. Jantung berdebar

Degupan jantung yang tidak teratur atau kelajuan mendadak adalah perkara biasa tetapi tidak sering diperkatakan sebagai gejala perimenopause. Kajian menunjukkan bahawa epinefrin dan norepinefrin, neurotransmiter yang mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah, cenderung berubah-ubah pada wanita menopaus.

Baca juga: Dr. Pesan Cakap Pada Barber Jangan Buat ‘Kruk Kruk’ Di Leher, Bahaya!

Sumber: Hello Doktor / The Healthy

FT Image: stefamerpik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×