Cantik

Ajarlah Anak Lelaki Pakai Deodoran, Barulah Tak Kena ‘Reject’ Ketika Interview Kerja

12
SHARES

Siapa saja yang tahan kalau orang di sekeliling mempunyai bau ketiak yang kuat. Nak tegur segan tapi tak bagitahu rasa bersalah pulak. Ha macam mana tu, takkan nak belikan deodoran sebagai hadiah? Risau pula kawan nanti terasa.

Seharusnya isu bau ketiak ini disedari oleh diri sendiri kerana badan anda, anda saja yang lebih tahu. Kalau pergi temuduga, hinggakan bau ketiak pun boleh sampai ke penemuduga, maka jangan hairan lah kalau anda kena ‘reject’.

Baca juga: Bahaya Ke Tak Mewarnakan Rambut Ni? Ini Jawapan Ahli Kimia…

AJARLAH ANAK LELAKI PAKAI DEODORAN, BARULAH TAK KENA ‘REJECT’ KETIKA INTERVIEW KERJA

Gambar hiasan: The Patriots

Jadi sekadar nasihat buat ibu bapa, pastikan ajar anak-anak untuk pakai deodoran terutamanya anak lelaki. Sebagaimana pengalaman yang dikongsikan sendiri oleh saudara Khairul Hakimin Abdullah yang pernah menjadi seorang penemuduga.

PESANAN BUAT IBU BAPA UNTUK KEBAIKAN ANAK LELAKI TERUTAMANYA…

Kepada ibu bapa yang nak ambil result SPM anak hari ini, sedikit pesanan dari saya.

Sudah sampai masa anak-anak lelaki kalian pakai deodoran. Kami dah berapa ramai reject temuduga kerana tak boleh tahan bau ketiak tersangat padu. Sungguh tak main-main, kilang makanan kena bersih dan bebas bau yang bukan-bukan.

Bukan bau badan tau. Bau ketiak. Lelaki ja yang biasanya begini, wanita tak ada sangat. Mereka pakai perfume sebotol setiap pagi jadi Alhamdulillah selamat.

Ada yang terlepas juga masuk kerja, kami pula sampai terpaksa beli deodoran buat mereka baru lega semua orang.

Minta sangat ya ibu bapa semua. Tengokkan okey. Zaman sekarang ketiak anak pun kita semua kena pastikan betul.

Posting ini sedikit lawak, saya tahu mesti ada yang gelak. Namun kalian kena memahami jiwa dan perasaan kami berhadapan dengan bau lebih 8 jam sehari nok.

Lebih lagi jika ada visitor datang, walau pakai mask, visitor pasti tanya, “bau apa ni eh? You all tak ada bau apa-apa ke?”

Huwaaa. Mohon perhatian semua. Terima kasih.

Khairul Hakimin Muhammad,

Sekadar nasihat.

NAMPAK MACAM LAWAK TAPI INILAH REALITINYA!

Menjengah di ruangan komen, timbul pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Antaranya, berterima kasih atas peringatan ini kerana hal yang nampak ‘remeh’ sebenarnya juga memberikan impak yang besar pada diri sendiri dan orang di sekeliling.

Pengikutnya yang seorang ini juga berkongsikan pengalaman yang sama sebagai penemuduga. Malah, bekas pekerja di sektor makanan dan minuman (F&B) turut menekankan betapa pentingnya bau badan sewaktu bekerja.

Terdapat juga pengikut yang berseloroh dengan perangai anak bujang mereka yang gemar ‘mandi’ wangian. Macam-macam perangai!

Sumber: Facebook Khairul Hakimin Muhammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×