JOM KENALI PENTAS LITTLE STAR
Pentas Little Star merupakan pertandingan pencarian bakat kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun yang bertujuan melahirkan bintang cilik berbakat dari seluruh negara.
Program ini menyediakan pentas kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti, meningkatkan keyakinan diri dan mengekspresikan bakat mereka dalam pelbagai bidang.
Peserta bukan sahaja berpeluang mempamerkan kebolehan mereka, malah membina keberanian, disiplin dan pengalaman berharga.