Apa Itu Projek Mimpi?
#PROJEKMIMPI adalah inisiatif istimewa yang bertujuan untuk menghimpun kisah mengenai impian, aspirasi, dan keinginan rakyat Malaysia bagi tahun 2024. Sama ada impian itu bersifat peribadi atau bersifat umum, ia akan menjadi titik tolak untuk setiap individu mencapai matlamat masing-masing. Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan untuk mengilhamkan komuniti bahawa tiada impian yang tidak dapat dicapai jika disertakan dengan tumpuan dan usaha yang berterusan.

Penyertaan dibuka dari 15 November sehingga 30 November 2023.

Kongsikan impian anda dengan imbas kod QR di bawah.
qr
Artikel
Video
Langkah-Langkah Penyertaan
  1. Layari laman media sosial Facebook Sirap Limau.
  2. Cari siaran media sosial Projek Mimpi yang disematkan.
  3. Sertakan penyertaan anda dalam kotak komen.
  4. Penyerta perlu menulis impian mereka dan bagaimana mereka mahu mencapainya. Sertakan foto atau ilustrasi bersama dengan penyertaan anda.
  5. Pihak Penganjur akan menyenarai pendek 10 cerita terbaik.
  6. 10 Peserta dengan cerita terbaik yang telah disenarai pendek oleh Pihak Penganjur dikehendaki membuat dan berkongsi video pendek tentang impian mereka melalui platform media sosial Facebook, TikTok dan Instagram sebelum 11 Disember 2023.
  7. Sirap Limau akan muat naik semula 10 video pendek ini di platform media sosial rasmi TikTok dan Instagramnya bagi tujuan pengundian. Jumlah ‘likes’ dan interaksi video-video pendek ini akan menentukan undian buat penyerta.

Penyertaan bermula pada 15 November 2023 dan ditutup pada jam 11:59 malam pada tarikh 30 November 2023.

*Tertakluk kepada terma dan syarat