Cantik

Bahaya Ke Tak Mewarnakan Rambut Ni? Ini Jawapan Ahli Kimia…

4
SHARES

Mewarnakan rambut sudah menjadi trend pada zaman sekarang. Terutamanya, anak muda yang gemar mewarnai rambut mereka dengan pelbagai gaya dan warna sehingga menjadi satu tarikan kepada sesiapa yang melihatnya. Maka, tidak hairanlah ianya menjadi pilihan mereka.

Namun, terdapat juga individu yang mewarnakan rambut untuk menutupi rambut yang sudah beruban bagi kelihatan muda. Menurut perkongsian Dr. Fatimah Salim seorang ahli kimia, terdapat kandungan bahan kimia paraphenylenediamine (PPD) di dalam pewarna rambut sintetik. Adakah ia selamat? Mari, ikuti perkongsian beliau.

Baca juga: Cara Bersihkan Pokok Lidah Buaya Supaya Boleh Dimakan, Sedap!

BAHAYA KE TAK MEWARNAKAN RAMBUT NI? INI JAWAPAN AHLI KIMIA…

Gambar hiasan: Liputan6

BAHAYA MEWARNA RAMBUT?

Pewarna rambut terdiri daripada bahan kimia yang bertujuan mencantikan warna rambut dan menutupi rambut putih atau uban. Seni mewarna rambut sebenarnya berzaman lama telah diamalkan.

Antara warna yang menjadi pilihan adalah hitam, keemasan, hijau, merah, kuning dan putih. Pada ketika itu, bahan kimia pewarna rambut diperolehi dari tumbuhan seperti inai, indigo, senna, kunyit, amla, katam dan sebagainya.

Bergantung kepada warna yang dihasilkan dan ketahanan, pewarna rambut dikategorikan kepada tiga jenis iaitu sementara (temporary), separa kekal (semi-permanent) dan kekal (permanent). Pewarna rambut jenis separa kekal boleh menjadi kekal sekiranya dipakai berulang kali, contoh inai.

SEJARAH PEWARNA RAMBUT

Sekitar tahun 1860an, pewarna rambut sintetik diperkenalkan, namun kebanyakkan adalah berasaskan logam seperti plumbum yang boleh memudaratkan kesihatan.

Akhirnya, sekitar 1909an seorang ahli kimia Perancis, Eugene Schiller telah berjaya menghasilkan pewarna rambut sintetik yang selamat dan digunakan secara meluas sehingga kini iaitu bahan kimia paraphenylenediamine (PPD).

PPD menjadi pilihan kerana kualiti warna hasilnya yang kelihatan seakan semulajadi dan bersifat kekal walaupun dibasuh dengan syampu berulang kali. Dan hanya dengan PPD sahaja warna rambut kelabu dapat diperolehi.

BAGAIMANA PPD MEMBERIKAN WARNA KEPADA RAMBUT?

Gambar hiasan: HelloSehat

Warna semula jadi rambut bergantung kepada nisbah bahan kimia protein melanin iaitu eumelanin dan phaeomelanin. Eumelanin bertanggungjawab kepada warna rona warna perang ke hitam, manakala phaeomelanin pula memberikan warna keemasan dan merah.

Ketiadaan kedua jenis protein ini akan menyebabkan rambut berwarna kelabu atau putih.

Bahan kimia PPD sendiri tidak berwarna. Namun hasil tindakbalas pengoksidaan dalam keadaan beralkali akan menghasilkan warna yang pelbagai pada rambut. Bahan pengoksidaan yang biasanya digunakan adalah hydrogen peroxide dan agent alkali PPD pula biasanya ammonia.

Semasa proses mewarna rambut, bahan kimia alkali ammonia akan membantu dalam membuka struktur dalaman rambut untuk membenarkan agen pengoksida memusnahkan protein eumelanin dan phaeomelanin lalu mengantikannya dengan pewarna PPD.

Semakin gelap warna yang diingini, semakin tinggi kepekatan bahan kimia PPD yang digunakan. Warna yang gelap sesuai dengan rambut individu yang lebih gelap seperti orang Asia.

KESAN SAMPINGAN PPD?

Umumnya PPD adalah selamat digunakan sebagai pewarna rambut kerana ianya diregulasi of European Cosmetics Directive, 76/768/EEC (revised No. 1223/2009).

Kandungan PPD yang dibenarkan adalah hanya sehingga 2% pada rambut. Dalam kuantiti yang dibenarkan, ia lebih selamat daripada pewarna rambut sintetik lain seperti lead acetate trihydrate, dan 4-aminobiphenyl (4-ABP).

Pun begitu, bahan dan cara penyediaan yang tidak sempurna akan menyebabkan PPD yang tidak teroksida sepenuhnya. Keadaan ini boleh menyebabkan reaksi seperti iritasi, ruam kering, pedih dan gatal kepada kulit yang terdedah.

Untuk mengelakan kesan sampingan disebabkan pengoksidaan PPD yang tidak sempurna, pastikan mendapatkan servis daripada pusat kecantikan yang diyakini. Untuk produk pula, pastikan beli daripada pengeluar yang punya reputasi baik dan patuhi arahan penyediaan pada label.

BAGAIMANAKAH REAKSI PPD KEPADA INDIVIDU SENSETIF?

Pendedahan kali pertama PPD kepada individu sensetif biasanya tidak memberikan kesan, namun pendedahan berikutnya boleh menjadi lebih teruk.

Antara gejala alahan PPD adalah ruam kemerahan, lecet dan bengkak pada kelopak mata atas, cuping telinga, kulit kepada, muka, leher, tangan dan kaki (lihat contoh gambar di bawah).

Tindakbalas sistematik badan terhadap PPD boleh membawa kepada anaphylaxis (respond berlebihan sistem imuniti badan).

Antara gejala selain masalah kepada kulit adalah pening, loya dan muntah, pembengkakan pada kerongkong dan lidah, kesukaran bernafas dan pengsan. Jika tidak dirawat ianya boleh menyebabkan kematian.

Masalah pada kulit yang sensetif juga boleh berpanjangan kepada hyperpigmentasi dan parut. Walaupun jarang dilaporkan, PPD juga dipercayai boleh menyebabkan leukoderma atau vitiligo iaitu keadaan di mana kulit kehilangan sel pigmen melanocytes kepada individu yang cenderung secara genetik.

Oleh itu, produk pewarna yang mengandungi PPD dan bahan kimia terbitannya (derivatives) mempunyai label AMARAN pengesyoran agar pengguna melakukan ‘patch test’ sebelum mengaplikasikan pewarna rambut jenis ini. Pun begitu, keputusan negatif dalam ‘patch test’ ini tidak menjamin sepenuhnya individu adalah bebas daripada kesan sampingan PPD.

ADAKAH PEWARNA RAMBUT SEMULA JADI LEBIH SELAMAT?

Tidak semestinya. Semua produk kosmetik tidak kira sintetik atau natural adalah tertakluk kepada peraturan penilaian keselamatan yang sama.

Badan kita tidak mampu membezakan bahan kimia natural atau sintetik. Sekiranya bahan kimia itu tidak selamat, tidak kiralah diperolehi secara semulajadi atau dihasilkan di makmal, ianya tetap akan diharamkan.

Perlu diingat, bukan semua individu alah kepada PPD sebab itu ianya dibenarkan sebagai pewarna rambut. Benar, kenali badan sendiri dan usah pukul rata. Individu sensetif dan mempunyai masalah kesihatan sedia ada berkaitan harus lebih berhati-hati.

Bagi mereka yang berkulit sensetif dan alah kepada bahan kimia PPD, boleh memilih pewarna jenis sementara atau separa-kekal seperti inai (henna). Pun begitu, berhati-hati dengan produk inai yang mungkin juga dicemar palsu dengan bahan kimia logam (kuprum, perak, bismuth, atau plumbum), PPD, ini agar lebih kekal lama warnanya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Fatimah Halim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×