Cantik

Cara Bersihkan Pokok Lidah Buaya Supaya Boleh Dimakan, Sedap!

25
SHARES

Pokok lidah buaya atau lebih mesra disapa Aloe Vera sangat terkenal penggunaannya dalam rawatan kecantikan yang memberi pelbagai manfaat kepada kulit, rambut dan badan manusia. Ciri-ciri tumbuhan ini tidak mempunyai batang, berdaun tebal, dan berwarna kelabu kehijauan.

Selain untuk kecantikan, pokok lidah buaya juga digunakan dalam perubatan. Namun, ramai tidak tahu isinya putih seperti jeli itu juga boleh dimakan tetapi haruslah dicuci dengan berhati-hati dan sebersih-bersihnya kerana lidah buaya mengandungi racun gatal.

Baca juga: Resepi Laba Garlic Viral! Bila Tengok Mukbang Rupanya Ini Rakyat China Selalu Makan

CARA BERSIHKAN POKOK LIDAH BUAYA SUPAYA BOLEH DIMAKAN, SEDAP!

Jika anda ingin tahu bagaimana bersihkan pokok lidah buaya dengan betul, ikuti panduan yang dikongsikan oleh Puan Melissa Hasim.

Masak lidah buaya darat hari ini.

PANDUAN BERSIHKAN POKOK LIDAH BUAYA DENGAN BETUL

1. Kalau dah potong biarkan lah seharian ke kan sejam dua ke biar racun gatal dia keluar.

2. Warna kuning-kuning gitu potong, buang lah.

3. Selepas itu, kupas kulit buaya tu. Ooiii ini kulit buaya tak laku tak boleh buat bag ke tali pinggang.

4. Lepas dah kupas, nak dadu ke nak potong besar mana saiznya ikut lah korang punya cita rasa.

5. Cuci-cuci dengan air mengalir sampai bersih. Ulang-ulang lah nanti lendir dia hilang semua. Jadi macam nata de coco gitu.

MASAK POKOK LIDAH BUAYA UNTUK PELBAGAI GUNA

Lepas dah cuci bersih tak reti nak masak?

1. Rebuslah dan tambah daun pandan.

2. Nak tambah gula batu pun boleh.

3. Dah siap sejukkan. Simpan peti.

Korang boleh buat topup dalam semua jenis jus ke kordial ke kan. Macam-macam lah boleh buat. Kalau malas nak masak lepas cuci simpan peti buat masker nanti muka korang flawless gitu. Jeragat pun pudar. Bye bye…

Menjengah di ruangan komen pula, ramai juga yang belum tahu pokok lidah buaya boleh dimakan dan ada juga yang berkongsikan menu pokok lidah buaya. Sangat menyelerakan untuk dicuba!

Ingat ya, perhatian perlu diberikan ketika membersihkan pokok lidah buaya. Hilangkanlah racun gatal itu sebaiknya. Semoga bermanfaat perkongsian ini kepada semua.

Sumber: Facebook Melissa Hasim via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×