Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Minuman Viral Sejuk Tekak ‘Nata De Aloe’ Homemade, Ini Step Penting Proses Aloe Vera Elak Pahit & Berlendir

proses aloe vera

Ramai yang tertanya-tanya tentang proses Aloe Vera (Lidah Buaya) yang boleh dijadikan minuman segar di rumah, lebih-lebih lagi selepas perkongsian seorang pengguna Facebook, Alam Vera, yang menunjukkan langkah demi langkah penyediaan Nata De Aloe yang lebih bersih, segar dan mudah dibuat sendiri.

Menurut perkongsian di page Kebun Tepi Rumah, proses ini sebenarnya tidak rumit dan hanya memerlukan teknik asas untuk memastikan Aloe Vera bersih daripada lendir serta selamat diminum.

Baca juga: Petola Pahit Boleh Rosakkan Selera, Ini 7 Cara Kenal Pasti Yang Manis Elok… Rupanya Mudah Saja!

PANDUAN PROSES ALOE VERA JADI MINUMAN NATA DE ALOE

proses aloe vera

Gambar: Alam Vera

Bahan-bahan:

  • 1–2 pelepah Aloe Vera matang
  • 1 biji limau nipis / limau lipis
  • Air secukupnya
  • 1–2 helai daun pandan
  • Gula batu / gula pasir (ikut cita rasa)

Cara proses jeli Aloe Vera:

proses aloe vera

Gambar: Alam Vera

  1. Pilih pelepah Aloe Vera yang matang. Kupas kulitnya dan potong isi kepada bentuk dadu kecil.
  2. Rendam dan perah limau nipis untuk mengurangkan lendir Aloe Vera.
  3. Bilas dengan air bersih beberapa kali sehingga betul-betul bersih.
  4. Masukkan Aloe Vera ke dalam periuk bersama air dan daun pandan.
  5. Rebus selama lebih kurang 10 minit untuk melembutkan tekstur dan menaikkan aroma.
  6. Selepas direbus, tutup api dan toskan Aloe Vera.

Baca juga: Hobi Jadi Rezeki Setiap Minggu, Lelaki Kongsi Resipi Sambal Belacan Viral & Boleh Tahan Sebulan! 

minuman aloe vera

Gambar: Alam Vera

Minuman Nata De Aloe:

  1. Dalam periuk lain, masak air baru bersama gula batu sehingga mendidih.
  2. Masukkan Aloe Vera yang telah direbus.
  3. Boleh masukkan bahan lain seperti longan kering, cendawan salju, kurma cina, goji, selasih, getah anggur (siap di rendam) dan gula batu.
  4. Kacau sebati, biarkan ia masak seketika sebelum tutup api.

Dah siap! Kalau nak lebih sedap minuman Nata De ALoe ini simpan dalam peti sejuk.

Baca juga: Cara Buat Sagu Gula Melaka Cantik Berderai Tanpa Berketul & Tak Perlu Pun Basuh Selepas Masak!

Sumber: Facebook Alam Vera

FT Image: Alam Vera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×