Euforia Bola 2026
Dapur

Hobi Jadi Rezeki Setiap Minggu, Lelaki Kongsi Resipi Sambal Belacan Viral & Boleh Tahan Sebulan! 

resipi sambal belacan

Kadang-kadang perkara yang kita buat sekadar suka-suka boleh bertukar menjadi peluang rezeki tanpa disangka. Begitulah kisah seorang lelaki yang berkongsi resipi sambal belacan ringkas sehingga mendapat sambutan ramai, malah kini menjadi permintaan tetap setiap minggu.

Baca juga: Cara Buat Sagu Gula Melaka Cantik Berderai Tanpa Berketul & Tak Perlu Pun Basuh Selepas Masak!

RESIPI SAMBAL BELACAN BUAT BERNIAGA TAHAN SELAMA SEBULAN!

resipi sambal belacan

Gambar: Mohd Shawal

Perkongsian oleh Mohd Shawal di Facebook bukan sahaja menarik perhatian ramai, malah turut mencatat lebih 1.3 ribu perkongsian dan 1.5 ribu tanda suka, selain ratusan komen daripada warga maya yang teruja mencuba sendiri resipi tersebut di rumah.

Menurutnya, minat terhadap sambal belacan yang pada awalnya sekadar hobi makan akhirnya berubah menjadi sesuatu yang lebih bermakna apabila ramai mula meminta resipi daripadanya.

“Dari suka makan sambal belacan terus jadi rezeki setiap minggu. Ramai sangat nak resipi, nah saya kongsikan,” tulisnya.

Resipi ini sangat ringkas, menggunakan bahan asas yang mudah didapati di dapur. Menariknya, ia tidak memerlukan air dan hanya bergantung kepada teknik kisaran untuk mendapatkan rasa sambal yang padu.

Baca juga: Sambal & Orang Malaysia Berpisah Tiada, Ini 10 Jenis Sambal Yang Menjadi Kegilaan Anda!

Bahan-bahan:

  • 5 tangkai cili besar
  • 20 tangkai cili melaka
  • Belacan sebesar sedikit daripada ibu jari
  • Garam suku sudu
  • Ajinomoto ½ sudu
  • 2 biji limau nipis

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam balang blender kecil.
  2. Pastikan semua bahan dikisar tanpa menambah air.
  3. Kisar secara kasar supaya tekstur sambal tidak terlalu halus.
  4. Perah limau nipis dan gaul sehingga sebati.
  5. Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk.

Tip penting, penggunaan blender kecil membantu bahan lebih mudah dikisar tanpa perlu menambah cecair tambahan, sekali gus mengekalkan rasa asli sambal.

Baca juga: Resepi Air Asam Cabai Picit, Pencicah Padu Ikan Bakar Stail Utara!

Baca juga: Resipi Kentang Bakar Popular Untuk Jamuan Sekolah Anak, Wanita Ini Dedah Cara Mudah Tanpa ‘Oven’!

resipi sambal belacan

Gambar: Mohd Shawal

Cara simpan supaya tahan lama

Menurut perkongsian Mohd Shawal, sambal belacan ini bukan sahaja mudah dibuat, malah boleh disimpan untuk kegunaan jangka masa lebih panjang jika kena cara penyimpanannya.

  • Sambal ini boleh tahan sehingga sebulan jika disimpan dengan betul.
  • Simpan di dalam peti ais pada tempat biasa (chiller).
  • Pastikan sambal disimpan dalam bekas yang tertutup rapat sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  • Apabila mahu makan, ambil menggunakan sudu bersih sahaja bagi mengelakkan sambal cepat rosak atau basi.

Tip ini penting kerana kebersihan semasa mengambil sambal turut mempengaruhi ketahanan dan kualiti rasanya.

Keterujaan warga maya di ruangan komen!

Perkongsian resipi sambal belacan ini turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang rata-ratanya memuji kesederhanaan dan rasa yang menyelerakan.

Antara komen yang ditinggalkan:

“Menarikkk resipi ini,” kata Ain.

“Sambal belacan macam ini sedap, memang style utara. Kalau letak bawang semua itu tak minat,” komen Sharifah.

“Menggoda betul sambal belacannya,” tambah Syafiqah.

Daripada sekadar hobi berkongsi resipi, ia akhirnya membuka ruang rezeki kecil yang tidak disangka. Kadang-kadang, apa yang paling ringkas di dapur itulah yang paling dekat dengan hati ramai orang.

Baca juga: Aroma Menusuk Jadi Terliur, Ini Resipi Sambal Bilis Bunga Kantan Sampai Tak Sempat Tunggu Lauk Lain!

Sumber: Mohd Shawal

FT Image: Mohd Shawal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×