Tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu untuk ada sambal dalam setiap hidangan utama tidak kira makan tengahari atau malam. Sambal yang selalu menjadi pilihan antaranya adalah sambal belacan dan sambal kicap. Untuk sambal belacan dan sambal kicap mungkin sudah biasa tetapi tahukah anda bahawa ada satu jenis sambal lagi yang boleh menambah selera anda iaitu sambal bawang! Apakah resepi sambal bawang yang dimaksudkan itu?
Nampak menggiurkan, sambal bawang ini sangat enak dimakan begitu sahaja bersama nasi panas-panas. Cara nak buat pun senang dan boleh disimpan dalam tempoh yang lama!
Baca juga: Makan Limau Mandarin Sebiji Pun Batuk, Kena Buat 5 Tips Ini Supaya Boleh Makan Sekotak!
RESEPI SAMBAL BAWANG GORENG UDANG KERING
Nak tunjuk dekat kalian senangnya nak buat sambal dan boleh simpan banyak-banyak sampai masa Ramadan pun boleh guna untuk sahur. Sambal ini sambal bawang goreng udang kering. Ha punya panjang namanya, ok jom.
Bahan-bahannya:
-2 genggam cili kering
-1 cawan udang kering
-3 biji bawang besar India
-3 sudu besar gula perang
-1 sudu kecil pes asam jawa
-1 sudu kecil garam
Cara-caranya:
1.Basuh bersih cili kering dan udang kering kemudian masukkan dalam ke dalam “air fryer” selama 10 minit dengan suhu 160.
2.Sudah siap, masukkan pula dalam pengisar. Kisar kasar sahaja ya. Saya guna Ommi Thermal Blender. Dia boleh kisar elok lawa ja.
3.Panaskan minyak di atas kuali
4.Goreng bawang besar sampai ia jadi bawang goreng
5.Terus masukkan bahan kita kisar tadi. Kacau rata
6.Dah pecah minyak, masukkan pes asam jawa
7.Kemudian terus masukkan gula perang dan garam. Kacau rata sampai kering
8.Siap! Alhamdulillah, sedap. Makan dengan telur goreng pun sedap sangat dah.
*Selamat mencuba ya!
Baca juga: Resepi ‘Kuih Cili’ Yang Unik Turun Temurun Arwah Bapa, Rupanya Pernah Popular Zaman Dulu!
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad