Euforia Bola 2026
Famili

“Pegang Kuat Kuat Sayang..”- Tok Ti Setia Teman Aafiyah Di Hari Kantin Sekolah, Sikap ‘Supportive’ Raih Pujian Netizen

anak siti nurhaliza

Gelagat anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah ketika menyertai Hari Kantin sekolah baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ti hadir memberikan sokongan kepada anak sulungnya itu dan berkongsi videonya di media sosial miliknya.

Baca juga: Tak Main-Main! Indonesia Padam 5 Juta Akaun Platform Digital Kanak-Kanak, Lindungi Generasi Muda

ANAK SITI NURHALIZA SERTAI HARI KANTIN, TOK TI LUANG MASA DAN BERI SOKONGAN

anak siti nurhaliza

Foto: Tiktok @imsitizoner

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Siti Aafiyah mengambil bahagian dalam aktiviti Hari Kantin dengan membantu di gerai jualan makanan.

Tok Ti dilihat hadir memberikan sokongan kepada anaknya dengan membeli makanan di gerai tersebut. Aafiyah pula kelihatan tekun membungkus pesanan sebelum menerima kupon daripada ibunya sebagai bayaran.

Turut mencuri perhatian ialah momen apabila Tok Ti memimpin dan memegang tangan Aafiyah sambil berkata, “Pegang kuat-kuat sayang.

Gelagat sederhana tetapi penuh kasih sayang itu membuatkan ramai tersenyum dan menganggap ia menggambarkan hubungan erat antara ibu dan anak.

Ramai Tersentuh Lihat Kasih Sayang Seorang Ibu

anak siti nurhaliza

Foto: Tiktok @imsitizoner

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tersentuh melihat Tok Ti meluangkan masa menghadiri aktiviti sekolah anaknya seperti ibu bapa lain.

Ada yang mengimbau perjalanan hidup penyanyi itu yang pernah menanti selama 11 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

Imagine her waiting for 11 years to see her kids in school doing activities.

Selain itu, ramai juga memuji sikap Tok Ti yang sentiasa memberikan sokongan kepada anaknya.

Bestnya Tok Ti macam ibu-ibu di luar sana yang menyokong aktiviti anak macam ni.

Seorang lagi netizen turut menulis:

Bagus mak-mak support anak menjual macam ni. Terbaiklah Tok Ti.

Sokongan Ibu Bapa Jadi Kenangan Buat Anak

Bagi kebanyakan ibu bapa, aktiviti seperti Hari Kantin mungkin kelihatan sederhana. Namun, kehadiran dan sokongan yang diberikan mampu menjadi kenangan manis buat anak-anak.

Perkongsian momen oleh Tok Ti dan Aafiyah ini turut mengingatkan ramai bahawa di sebalik populariti dan kesibukan seseorang, masa yang diluangkan bersama keluarga tetap menjadi perkara paling bermakna.

@imsitizoner #sitinurhaliza ♬ original sound – Julia

Baca juga: Bukan Trend Kurus Semata-Mata, Intermittent Fasting Ada Banyak Kelebihan Yang Ramai Tak Tahu!

Sumber: Tiktok @imsitizoner

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×