Euforia Bola 2026
Famili

“Armaan Happy Lah Mummy Hari Ini”- Hantaran Merdeka Terakhir Ibu Sebelum Sekeluarga Maut Di LPT1 Undang Sebak

nahas LPT1

“Armaan happylah Mummy hari ni,” itu antara perkongsian terakhir seorang ibu selepas membawa suami dan anak lelakinya menyambut Hari Kebangsaan ke-69 di Putrajaya, sebelum terlibat dalam nahas LPT1 pada malam Isnin.

Tiada siapa menyangka momen bahagia sekeluarga itu akhirnya menjadi kenangan terakhir sebelum mereka terlibat dalam nahas yang meragut empat nyawa di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Temerloh.

Baca juga: Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Digilis Tayar Kenderaan Bawa Bot Bomba Hari Kebangsaan, Dilaporkan Stabil!

nahas LPT1

Allahyarham juga memuat naik gambar mereka sekeluarga di kawasan tempat letak kereta di dataran tersebut selepas sambutan semalam di Putrajaya.

Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, serta anak lelaki mereka yang dikenali sebagai Armaan.

Perkongsian Allahyarham di Instagram yang memaparkan gambar anaknya ketika sambutan Hari Kebangsaan kini kembali tular selepas dikongsi rakan-rakan yang masih terkesan dengan pemergian mereka.

“Wait till you have kid when they say (tunggu sampai ada ada anak nanti), Armaan happylah mummy hari ni (Armaan suka hari ni).” 

Allahyarham juga memuat naik gambar mereka sekeluarga di kawasan tempat letak kereta di dataran tersebut selepas sambutan semalam di Putrajaya.

Baca juga: Video “Assalamualaikum Isteriku” Buat Ramai Sebak… Baru Dua Hari Bergelar Suami, Muhammad Alif Maut Kemalangan

nahas LPT1

Antara status dimuat naik Allahyarham Nur Atiqah Sofiya pada Instagram Story semalam.

Kesedihan itu turut diluahkan rakan Allahyarham, @syazanasyariff menerusi Threads.

Menurutnya, dia baru mengetahui berita mengenai pemergian rakannya sebelum meluahkan rasa tidak percaya dengan tragedi yang berlaku.

“Ya Allah sumpahh tak boleh brain, baru tahu kawan aku meninggal. Ya Allah. Suami isteri dengan anak sekali. Astaghfirullah tak sangkanya.

“Semalam pergi tengok perarakan dekat Dataran. On the way balik kemalangan… my roommate, my housemate, classmate.

“Last message dia bulan lepas cakap nak datang wedding saya. Sumpah sedih gila wehhhhhh,” katanya.

Dia kemudian memohon orang ramai agar menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat keluarga berkenaan.

Perkongsian tersebut mengundang simpati warga maya yang turut meninggalkan ucapan takziah dan berkongsi rasa sebak terhadap tragedi berkenaan.

Baca juga: “Dia Teringin Nak Makan”- Pekerja Menangis Lepas Belanja Dua Beradik Aiskrim, Pelanggan Kongsi Anak Hidap Kanser

Empat maut dalam nahas libatkan 11 kenderaan

nahas ngeri LPT1

Gambar JBPM Pahang: Anggota BBP Mentakab menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam sebuah kenderaan yang remuk teruk.

Menurut laporan media, kemalangan berlaku di Kilometer 110.4 LPT1 arah Lanchang menghala Kuantan, dekat Temerloh pada malam Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.44 malam.

Kemalangan itu membabitkan 11 kenderaan terdiri daripada dua Proton Saga, dua Perodua Myvi, Toyota Alphard, bas ekspres, Proton S70, lori tangki, Honda CRV, Toyota Hilux dan Perodua Aruz.

Tiga mangsa yang maut dalam Proton S70 ialah Muhammad Nazatullah, Nur Atiqah Sofiya dan seorang kanak-kanak. Seorang lagi mangsa ialah lelaki dewasa berbangsa Cina yang berada dalam Honda CRV.

Empat lagi mangsa dilaporkan cedera, manakala kira-kira 30 penumpang bas ekspres selamat dalam kejadian tersebut.

Pasukan bomba dari beberapa balai turut dikerahkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas. Operasi yang bermula selepas panggilan kecemasan diterima pada malam tersebut tamat sepenuhnya sekitar jam 2.50 pagi.

Sumber: Threads @syazanasyariff / Sinar Harian / Kosmo!

FT Image: Threads @syazanasyariff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×