Euforia Bola 2026
Famili

“Subhanallah, Kuasa ALLAH SWT”- Kereta Remuk Teruk Dalam Nahas LPT1, Jenazah Tiga Beranak Dikatakan Masih Sempurna

jenazah tiga beranak

Tragedi ngeri kemalangan yang meragut nyawa satu keluarga di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) masih meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. Terbaharu, keadaan jenazah tiga beranak yang maut dalam nahas 11 kenderaan itu dikatakan masih sempurna meskipun kereta dinaiki mereka mengalami kerosakan teruk.

Baca juga: “Armaan Happy Lah Mummy Hari Ini”- Hantaran Merdeka Terakhir Ibu Sebelum Sekeluarga Maut Di LPT1 Undang Sebak

JENAZAH TIGA BERANAK NAHAS LPT1 MASIH SEMPURNA

jenazah tiga beranak

Tangkap layar video

Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna Threads, @fatihahkichee, berdasarkan cerita yang diterimanya daripada ibu saudara salah seorang mangsa.

Menurutnya, ramai tertanya-tanya mengenai keadaan jenazah selepas melihat keadaan Proton S70 yang dinaiki keluarga berkenaan dalam kemalangan tersebut.

“Ramai tertanya-tanya keadaan jenazah kan sebab tengok kereta macam itu (remuk). Subhanallah, kuasa ALLAH SWT.

“Seperti yang diceritakan oleh mak cik arwah, jenazah sempurna. Tak macam yang disebut-sebut netizen,” katanya pada Selasa.

Ramai hadir tunaikan solat jenazah

jenazah tiga beranak

Lebih menyentuh hati, perkongsian itu turut menceritakan kehadiran orang ramai yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada ketiga-tiga mangsa.

Menurutnya, saf untuk solat jenazah dipenuhi saudara-mara, sahabat serta orang ramai sehingga dikatakan tidak mencukupi.

“Lautan manusia hadir untuk solat jenazah. Ramai sangat, Masya-ALLAH.

“Punya ramai yang datang solat jenazah sampai tak muat saf. Kematian yang dicemburui. Apa agaknya amalan arwah,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan kemudian mengundang rasa sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Ramai meninggalkan komen dengan menitipkan doa agar ketiga-tiga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat rahmat ALLAH SWT.

Baca juga: “Cemarkan Imej Malaysia”- Tindakan Individu Tempatan Sertai Pertandingan Ratu Cantik Transgender Di Thailand Dikecam JPMHEA

Tiga beranak maut dalam nahas 11 kenderaan

Sebelum ini, Nur Atiqah Sofiya, 32, bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, 4, dilaporkan meninggal dunia selepas Proton S70 dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 110.4 LPT1, Temerloh, Pahang.

Nahas berkenaan turut meragut nyawa seorang lagi mangsa, Seow Beng Wain, 55, yang merupakan penumpang sebuah Honda CR-V.

Kemalangan tersebut membabitkan keseluruhan 11 kenderaan termasuk sebuah bas ekspres, lori tangki, Toyota Alphard, Toyota Hilux, Honda CR-V, dua Proton Saga, dua Perodua Myvi dan sebuah Perodua Aruz.

Al-Fatihah.

Sumber: Sinar Harian /  Threads @fatihahkichee

FT Image: Threads @fatihahkichee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×