Euforia Bola 2026
Asuh

Tak Main-Main! Indonesia Padam 5 Juta Akaun Platform Digital Kanak-Kanak, Lindungi Generasi Muda

akaun kanak kanak

Kerajaan Indonesia mengambil langkah lebih tegas dalam melindungi pengguna bawah umur di ruang digital apabila memadam kira-kira lima juta akaun kanak kanak daripada pelbagai platform digital.

Baca juga: Bukan Trend Kurus Semata-Mata, Intermittent Fasting Ada Banyak Kelebihan Yang Ramai Tak Tahu!

5 JUTA AKAUN KANAK KANAK DIPADAM OLEH KERAJAAN INDONESIA

akaun kanak kanak

Foto: Gemini AI

Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia, Meutya Hafid berkata, jumlah tersebut berjaya dicapai hasil kerjasama antara kerajaan dan syarikat penyedia platform digital.

Menurut beliau, walaupun jumlah itu masih kecil berbanding sasaran keseluruhan, ia dianggap sebagai satu pencapaian yang memberangsangkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa pencapaian Indonesia itu mengatasi jumlah akaun yang dipadam oleh TikTok di Australia dalam usaha melindungi pengguna bawah umur.

Pendekatan Berasaskan Risiko, Bukan Larangan Menyeluruh

Berbeza dengan Australia yang mengenakan larangan umur secara menyeluruh terhadap media sosial, Indonesia memilih pendekatan berasaskan risiko.

Di bawah dasar ini, kanak-kanak berusia bawah 16 tahun tidak dibenarkan mengakses platform digital yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi.

Melalui PP Tunas, syarikat teknologi juga digalakkan mereka bentuk semula perkhidmatan mereka supaya lebih mesra dan selamat untuk pengguna kanak-kanak di Indonesia.

Platform Mula Laksanakan Ciri Keselamatan

Antara contoh pelaksanaan awal ialah platform permainan Roblox yang telah menyahaktifkan fungsi sembang (chat) secara lalai bagi pengguna Indonesia berusia bawah 16 tahun.

Fungsi tersebut hanya boleh diaktifkan sekiranya mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga.

Kerajaan Indonesia berharap lebih banyak platform digital akan mengambil langkah sama dengan memperkenalkan ciri keselamatan tambahan, dan bukan sekadar menghalang pembukaan akaun baharu oleh kanak-kanak.

Pengesahan Umur Masih Jadi Cabaran

akaun kanak kanak

Foto: Gemini AI

Walaupun pelaksanaan dasar ini menunjukkan perkembangan positif, kerajaan mengakui masih berdepan cabaran dalam memastikan umur pengguna dapat disahkan dengan tepat.

Menurut BELIAU, banyak syarikat teknologi masih belum menggunakan teknologi pengesahan umur yang lebih maju seperti:

  • Algoritma anggaran umur
  • Pengesahan wajah (facial verification)
  • Analisis tingkah laku pengguna

Buat masa ini, syarikat digital diwajibkan mengemukakan penilaian kendiri bagi menjelaskan tahap risiko perkhidmatan yang mereka sediakan.

200 Platform Telah Dinilai

Sehingga kini, Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia telah menilai sekitar 200 platform digital yang dikendalikan oleh 79 Penyedia Sistem Elektronik.

Daripada jumlah tersebut, lapan platform telah mengklasifikasikan perkhidmatan mereka sebagai berisiko tinggi, sekali gus tertakluk kepada syarat perlindungan yang lebih ketat terhadap pengguna bawah umur.

Langkah Lindungi Kanak-Kanak Dalam Dunia Digital

Perkembangan ini menunjukkan semakin banyak negara mengambil serius isu keselamatan kanak-kanak di internet, khususnya berkaitan media sosial, permainan dalam talian dan platform digital lain.

Selain kawal selia oleh kerajaan dan penyedia platform, peranan ibu bapa juga penting untuk memantau aktiviti anak-anak ketika menggunakan internet agar mereka dapat menikmati manfaat teknologi dalam persekitaran yang lebih selamat.

Baca juga: JPA Buka Permohonan Dermasiswa B40 2026, Peluang Belajar Ke Peringkat Diploma Untuk Lepasan SPM

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×