Euforia Bola 2026
Famili

Tergamak! Amang Seksual Murid Lelaki Prasekolah Berumur 8 Tahun, Guru Didakwa Di Mahkamah

amang seksual

Seorang guru lelaki prasekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid lelakinya yang berusia lapan tahun.

Tertuduh, Muhamad Shazali T. Sharipudin, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya. Kes tersebut dipercayai berlaku ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung di sebuah kelas prasekolah di Rembau pada April lalu.

Baca juga: Berita Baik! 10GB Data Internet Percuma Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026!

AMANG SEKSUAL MURID PRASEKOLAH, GURU MENGAKU TIDAK BERSALAH

amang seksual

Foto: Sinar Harian

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 1 dan 3 April lalu di dalam kelas prasekolah sebuah sekolah di Rembau sekitar jam 9 pagi dan 10 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah Benarkan Jaminan RM8,000

amang seksual

Foto: Sinar Harian

Dalam prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin berserta beberapa syarat tambahan.

Bagaimanapun, peguam bela, Syed Amirul Syed Edros memohon agar jumlah jaminan dikurangkan dengan mengambil kira keadaan tertuduh.

Menurutnya, tertuduh telah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun dengan pendapatan bersih sekitar RM4,000 sebulan, masih bujang dan menanggung ibunya.

Peguam bela turut memaklumkan bahawa anak guamnya tidak mempunyai risiko melarikan diri, telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan dan sebelum ini berada dalam jaminan polis. Selain itu, tertuduh juga telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Rembau sementara menunggu proses perbicaraan selesai.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah Larang Ganggu Mangsa Dan Saksi

Selain itu, mahkamah turut menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan, perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sepanjang tempoh perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 15 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pengurusan kes dan tindakan lanjut.

Baca juga: Jerebu Makin Teruk, 6 Sekolah Di Sarawak Ditutup Sementara Selepas IPU Cecah Lebih 200

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×