Euforia Bola 2026
Kini Trending

22 Pereka, 8 Artis & Bakat Muda Warnai ADIWARNA RUNWAY Di Alamanda

Kalau selama ini pusat beli-belah sinonim dengan aktiviti membeli-belah, Alamanda Shopping Centre tampil dengan pengalaman berbeza apabila Centre Court mereka bertukar menjadi pentas fesyen dan kreativiti tempatan menerusi ADIWARNA RUNWAY.

Berlangsung selama empat hari dari 10 September hingga 13 September 2026 sempena sambutan Hari Malaysia, acara itu menghimpunkan pereka fesyen, artis tempatan, bakat muda serta komuniti dalam satu acara yang meraikan hasil karya Malaysia.

Dianjurkan oleh Alamanda Shopping Centre dengan kerjasama Malaysian Official Designers’ Association (MODA), ADIWARNA RUNWAY dimulakan dengan persembahan khas melibatkan 22 pereka.

Lebih menarik, setiap pereka menghasilkan satu rekaan istimewa menggunakan tekstil eksklusif dengan cetakan yang diinspirasikan daripada warna-warni bunga raya, iaitu bunga kebangsaan Malaysia.

Dari pentas fesyen ke bazaar, pengunjung boleh terus membeli

Sepanjang acara berlangsung, 16 pereka turut mempersembahkan koleksi masing-masing merangkumi pakaian sedia dipakai, busana moden sopan dan rekaan khas.

Antara pereka yang mengambil bahagian ialah Justin Yap Atelier, Yuleza, NANALYANA, EL by Ellie Lim, Zayana Yazed Creations, Outdwell, CARRO, HERA, Bill Keith, CASALWA, SITI KHADIJAH, Ariff Atelier, 3THELABEL, Arlina Ayou, Yani Bakhtiar dan Variante.

Bagi Ariff, penglibatan dalam ADIWARNA RUNWAY menjadi peluang mengetengahkan warisan komuniti India Malaysia menerusi fesyen kontemporari.

“Rekaan ini meraikan komuniti India Malaysia serta warisan budayanya menerusi perspektif fesyen kontemporari,” katanya.

Sementara itu, pengasas ARLINA AYOU, Arlina Amdan, melihat batik sebagai medium yang membawa kisah tersendiri.

“Batik sentiasa lebih daripada sekadar kain. Ia membawa usaha dan cerita insan yang menghasilkannya,” katanya.

Pengalaman fesyen ini juga tidak terhenti di pentas apabila pengunjung berpeluang mendapatkan koleksi pereka tempatan menerusi ADIWARNA Runway Bazaar yang memasuki edisi kedua.

Menariknya, pengalaman fesyen ini tidak terhenti di pentas sahaja.

Pengunjung turut berpeluang mendapatkan koleksi daripada pereka tempatan menerusi ADIWARNA Runway Bazaar yang memasuki edisi kedua, termasuk pakaian sedia dipakai dan aksesori artisan daripada jenama yang mengambil bahagian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, acara itu menjadi sebahagian daripada usaha Alamanda untuk memperluaskan peranannya sebagai destinasi gaya hidup dan komuniti di Putrajaya.

“ADIWARNA RUNWAY menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kami untuk menjadikan Alamanda Shopping Centre sebagai destinasi gaya hidup dan komuniti utama di Putrajaya,” katanya.

Presiden MODA, Cyrus Chin pula berkata kerjasama itu memberi peluang kepada pereka tempatan untuk meningkatkan keterlihatan serta membuka peluang komersial yang lebih luas.

Bukan sekadar pereka fesyen, artis tempatan turut buat persembahan

Selain koleksi fesyen, suasana di Centre Court turut dimeriahkan dengan persembahan lapan artis tempatan sepanjang empat hari acara.

Antara yang tampil ialah Datuk Syafinaz Selamat, Daniel Chuer, Yazmin Aziz, Bunga Isme, Daniesh Suffian, Layla Sania, Farah Dolhadi dan Ernie Zakri.

Gabungan fesyen dan muzik ini menjadikan ADIWARNA RUNWAY bukan sekadar acara untuk penggemar fesyen, malah satu pengalaman hiburan yang boleh dinikmati pengunjung.

Peluang untuk bakat muda serlahkan kreativiti

adiwarna runway

Dalam masa sama, penganjuran ADIWARNA RUNWAY turut memberi perhatian kepada generasi baharu dalam industri fesyen.

Menerusi aspiring talent showcase, pelajar daripada UiTM, INTI, Sunway, Raffles, UNITAR, UCSI, MUSPACE, La Mode, International Sewing School dan SSFS Studio diberikan peluang untuk mempersembahkan koleksi mereka kepada orang ramai.

Tidak ketinggalan, elemen komuniti turut diketengahkan menerusi Family Fashion Show yang melibatkan 10 pasangan pemenang Model Search anjuran Alamanda pada Ogos lalu.

Mereka kemudiannya diberi peluang berjalan di pentas dengan penampilan yang digayakan oleh lima pereka MODA iaitu Variante, Arlina Ayou, HERA, CASALWA dan NANALYANA.

Sebagai tanda penghargaan, MODA turut menyampaikan sebuah karya seni minyak kepada Alamanda yang ditempah khas daripada artis Malaysia, Mr Pheng bagi merakamkan semangat ADIWARNA RUNWAY sebagai perayaan warna, kreativiti dan perpaduan.

Penganjuran acara itu turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, selari dengan usaha mengetengahkan bakat kreatif tempatan menerusi Visit Malaysia 2026.

Dengan menggabungkan fesyen, muzik, bakat muda dan komuniti, ADIWARNA RUNWAY memperlihatkan sisi lain Alamanda sebagai ruang yang bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah, tetapi turut menjadi platform untuk meraikan kreativiti dan karya tempatan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×