Euforia Bola 2026
Cantik

Bukan Sekadar Cantik, Fasih 4 Bahasa! Ini Biodata Taanusiya Chetty, Guru Sekolah Menengah Yang Lakar Sejarah Di Miss World 2026

miss world 2026

Nama wakil Malaysia, Taanusiya Chetty, kini menjadi sebutan di seluruh negara selepas beliau melakar sejarah manis dengan meraih Tempat Ketiga (2nd Runner-Up) dalam pertandingan ratu cantik berprestij dunia, Miss World 2026.

Kejayaan luar biasa ini menamatkan penantian selama 28 tahun buat Malaysia, mengulangi pencapaian bersejarah yang pernah diraih oleh Lina Teoh pada edisi tahun 1998.

Baca juga: “Akidah Cucu Dijaga Sebaik Mungkin”– Nenek Berbeza Agama Besarkan Hazizah & Kini Berjaya Jejak UUM

‘TEACHER’ TAANUSIYA CHETTY RAIH TEMPAT KE-3 MISS WORLD 2026

miss world 2026

Bukan sekadar bersandarkan rupa paras yang jelita, Taanusiya membuktikan bahawa kecantikan dan kecerdasan mampu bergerak seiring seperti pepatah Inggeris, beauty with a brain.

Beliau yang mesra disapa Taanu, berjaya memikat hati para juri antarabangsa menerusi identiti dirinya yang bangga membawa nama seorang guru serta aktivis kemanusiaan yang mendalam.

Berikut adalah biodata penuh dan fakta menarik mengenai permata negara ini:

Biodata ringkas Taanusiya Chetty

miss world 2026 Taanusiya Chetty

  • Tarikh Lahir: 8 September 2000
  • Umur: 26 tahun
  • Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Ketinggian: 173 cm
  • Kerjaya: Guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah, aktivis dan peragawati
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) dalam TESL (Teaching English as a Second Language) dari Management and Science University (MSU)
  • Pertubuhan NGO: Pengasas gerakan Be The Change Malaysia

Pendidik sekolah menengah berjiwa murni

Taanusiya membawa identiti dirinya di pentas dunia sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah. Kelulusan akademiknya dalam bidang TESL diterjemahkan sepenuhnya menerusi bakat komunikasi yang tinggi serta komitmennya dalam dunia pendidikan.

Beliau menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ‘Be The Change Malaysia‘ pada tahun 2022 sebuah gerakan yang memberi tumpuan kepada pendidikan, bimbingan serta pembangunan emosi kanak-kanak, sebelum inisiatif berkenaan didaftarkan secara rasmi pada 2025.

Menerusi inisiatif ini, beliau menganjurkan kelas tuisyen percuma selain menjalankan program melibatkan komuniti Orang Asli, kanak-kanak berkeperluan khas dan pesakit kanak-kanak. Di mana, usaha berkenaan dilaporkan memberi manfaat kepada ribuan kanak-kanak di Malaysia serta rantau ASEAN.

Perjalanan hidup Taanusiya turut dibentuk oleh pengalaman kehilangan ibunya dalam kemalangan jalan raya ketika berusia 14 tahun. Pengalaman itu menjadi antara pendorong kepada komitmennya untuk membantu kanak-kanak serta komuniti yang memerlukan.

Baca juga: “Lain Macam VVIP Yang Ini”- Rakyat Bangga Panglima TUDM Pimpin Lintas Hormat & Pertunjukan Udara, Ini Profil Jeneral Tan Sri!

PERJALANAN & PENCAPAIAN IMPRESIF DI PENTAS DUNIA

miss world 2026

Sebelum membawa cabaran Malaysia ke Miss World 2026, Taanusiya terlebih dahulu menimba pengalaman antarabangsa menerusi Miss Global 2023.

Ketika meraih gelaran Miss World Malaysia, beliau turut membawa pulang tujuh anugerah tambahan termasuk Top Model Award, Best in Evening Gown dan Charity Queen Award.

Di pentas dunia Miss World 2026 edisi ke-73 yang mengumpulkan 111 peserta global, Taanusiya terus menyinar menerusi beberapa pencapaian utama:

  1. Juara Global Beauty With A Purpose (BWAP): Beliau menjuarai anugerah yang menilai berdasarkan impak projek kemasyarakatan peserta, sekali gus melayakkan beliau secara merit ke kelompok Top 6 menerusi pertubuhan Be The Change Malaysia.
  2. Dinobatkan Sebagai Miss World Asia 2026: Beliau turut diiktiraf sebagai Ratu Rantau Asia. Gelaran eksklusif ini diberikan oleh organisasi Miss World kepada peserta dari benua Asia yang berjaya mendapat kedudukan dan markah tertinggi sepanjang pertandingan.
  3. Kebolehan Multilingual: Semasa pusingan Head-to-Head Challenge, Taanusiya mencuri perhatian dunia apabila berpidato dengan fasih dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil dalam satu sesi ucapan yang sama.
  4. Tembusi Top 10 Segmen Bakat (Tarian Silat): Meluangkan masa berbulan-bulan mempelajari seni pertahanan diri tradisional Melayu, Tarian Silat, akhirnya melayakkan beliau menembusi kelompok 10 terbaik dalam kategori bakat di pentas antarabangsa.

Kejayaan Taanusiya Chetty mendapat tempat ketiga di pentas Miss World 2026 adalah satu kemenangan yang amat besar dan membanggakan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Beliau telah membuktikan kepada dunia bahawa seorang guru sekolah menengah dari Malaysia mampu berdiri megah di persada global melalui kepintaran, bakat dan sifat kemanusiaan yang tinggi.

miss world 2026 Taanusiya Chetty

Sumber: Miss World / Berita Harian / AWANI / MSU /

FT Image: Instagram & Threads @taanusiyaa_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×