Euforia Bola 2026
Cantik

7 Lapisan Pembedahan Czer Jadi Inspirasi Gaun Couture, Miss World Uganda Curi Perhatian Di Pentas!

pereka fesyen

Sekali pandang memang nampak seperti gaun couture yang cukup elegan, tetapi rekaan yang dipakai Miss World Uganda, Muhoza Trivia Elle, itu sebenarnya mempunyai kisah cukup dekat dengan pengalaman seorang ibu. Di sebalik gaun berkenaan ialah idea seorang pereka fesyen yang mahu mengubah pengalaman pembedahan bersalin secara Czer kepada sebuah karya seni.

Baca juga: “Lain Macam VVIP Yang Ini”- Rakyat Bangga Panglima TUDM Pimpin Lintas Hormat & Pertunjukan Udara, Ini Profil Jeneral Tan Sri!

PEREKA FESYEN CIPTA GAUN COUTURE INSPIRASI 7 LAPISAN DALAM PEMBEDAHAN CZER

pereka fesyen

Gambar IG Miss World

Gaun istimewa itu direka Keesha Abdallah untuk anugerah World Designer Award dan dipakai Muhoza di pentas Miss World menjelang malam kemuncak pada 5 September.

Menariknya, inspirasi rekaan tersebut datang daripada pengalaman Abdallah sendiri selepas bergelar ibu.

Daripada pengalaman itu, dia mahu menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja cantik, tetapi turut menggambarkan kekuatan wanita serta perjalanan seorang ibu ketika melalui proses melahirkan anak.

Baca juga: Pernah Pimpin ‘Counter-Terrorism’ Bukit Aman, Ini Sebab Tan Sri Ayob Khan Dinobat Tokoh Wira Negara!

Tujuh lapisan pembedahan diterjemah jadi gaun

Idea utama gaun berkenaan adalah tujuh lapisan yang terlibat dalam prosedur pembedahan Czer.

Setiap lapisan diterjemahkan menerusi gabungan warna, tekstur dan susunan fabrik sehingga membentuk sebuah gaun yang kelihatan lembut dan mewah.

Rekaan itu menggunakan fabrik satin anjal serta beberapa lapisan kain tulle. Bahagian atasnya pula mempunyai potongan sebelah bahu dengan kain yang jatuh dan mengalir di bahagian badan.

Lapisan lembut pada gaun tersebut membawa simbol perlindungan dan pelukan seorang ibu, manakala gabungan warna pic, emas, koral, merah, marun dan burgundy menggambarkan perjalanan daripada penjagaan hingga kelahiran.

Untuk menjadikan rekaan itu lebih menyerlah, gaun berkenaan dihiasi mutiara, manik kaca dan batu kristal.

Menurut Abdallah, proses menghias gaun itu bukan sesuatu yang dilakukan dalam masa singkat. Dia mendapatkan batu hiasan dan aksesori daripada pembekal di Dubai sebelum menguji satu persatu bahan yang paling sesuai untuk setiap lapisan.

Baca juga: Bukan Sekadar Seni Bina Indah, Masjid Sri Sendayan Dinobat ‘Global Outstanding Mosque of the Year 2026’

Bukan sekadar gaun cantik

Selepas dipakai Muhoza di pentas Miss World, rekaan tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial.

Ramai memuji idea Abdallah yang menjadikan pengalaman fizikal dan emosi seorang ibu sebagai inspirasi kepada karya fesyen.

Ada yang menganggap gaun itu sebagai satu bentuk penghargaan kepada wanita yang melalui pembedahan Czer, malah ada yang mengaku lebih menghargai rekaan berkenaan selepas mengetahui maksud di sebalik setiap lapisannya.

Bagi Abdallah, gaun tersebut bukan sekadar pakaian untuk pentas pertandingan kecantikan.

Ia menjadi simbol kewanitaan, kekuatan seorang ibu dan keajaiban kelahiran, menjadikan sebuah pengalaman yang mungkin sukar untuk diluahkan dengan kata-kata diterjemahkan pula melalui bahasa fesyen.

Sumber: India Today

FT Image: IG Miss World (1) (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×