Seorang pelajar cilik dari Sarawak, Aaisyah Batrisya Putit, 10 tahun, mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Royal Grand Winner World Junior Tourism Ambassador International 2025.
Lebih membanggakan, Aaisyah menjadi rakyat Malaysia pertama yang meraih gelaran berprestij ini!
Baca juga: Ahmad Nur Iman Raih No. 3 Dunia Untuk Peperiksaan ACCA, Anak Jati Terengganu Banggakan Malaysia
PELAJAR CILIK DINOBATKAN ROYAL GRAND WINNER

Aaisyah, murid Sekolah Kebangsaan RPR Jalan Astana, berjaya mengatasi 25 peserta lain dari 10 negara dalam pertandingan yang mempromosi pelancongan, budaya dan warisan negara melalui bakat generasi muda.
“Saya sangat gembira kerana dapat menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi gelaran ini,” kata Aaisyah penuh semangat ketika ditemui media.
Di sebalik kejayaan ini, ada persediaan rapi dan usaha keras. Menurut ibunya, Suraini Bujang, yang juga seorang guru, jadual Aaisyah diatur teliti agar pembelajaran tidak terganggu.

Latihan hanya dijalankan pada hujung minggu di bawah bimbingan Angela Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Angel Impact Management, meliputi catwalk, tarian dan pengucapan awam.
Aaisyah juga bukan asing di pentas ini kerana sebelum ini beliau menjuarai Mini Miss Global International 2024, yang menjadi batu loncatan penting dalam persiapan intensif selama enam bulan menjelang kejohanan kali ini.
Baca juga: Aktres Kavita Sidhu Bukti Tiada Batas Usia, Kini Terima PHD Pada Umur 54!
Kepulangan Aaisyah Batrisya disambut meriah

Gambar TVS: Aaisyah disambut ahli keluarga dan rakan-rakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Ahad.
Lantaran pencapaiannya itu, Aaisyah disambut penuh bangga oleh keluarga dan rakan-rakan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kejayaan ini benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai.
Kemenangan Aaisyah disambut baik oleh warganet dan komuniti pelancongan tempatan yang melihat pencapaiannya sebagai suntikan semangat kepada belia Malaysia dalam memperkasakan diplomasi budaya serta promosi pelancongan secara kreatif.
World Junior Tourism Ambassador International merupakan platform antarabangsa yang menonjolkan bakat kanak-kanak sebagai duta kecil pelancongan, mengetengahkan keindahan destinasi, budaya dan warisan negara masing-masing.
Baca juga: Biodata Syed Saddiq: Pendebat Terbaik Asia & Ahli Politik Muda Berkaliber!
Sumber: TV Sarawak
FT Image: Instagram Aaisyah Batrisya Putit
