Euforia Bola 2026
Famili

“Auto Miskin Kalau Kena Ganti” – Cleaner Rosakkan Kerusi RM15,000 Milik Sultan Pahang, Nasib Tak Perlu Bayar Ganti Rugi

CUCI KERUSI

Pengalaman cuci kerusi bernilai RM15,000 milik Sultan Pahang menjadi antara tugasan paling mencemaskan pernah dilakukan seorang cleaner apabila kerusi berkenaan rosak selepas proses cucian.

Menurut perkongsian JosDetails, dia pernah menerima tugasan mencuci sebuah wing chair milik Sultan Pahang yang ketika itu merupakan Yang di-Pertuan Agong.

Baca juga: Dr Imelda Kongsi Cara Betul Cuci Kemaluan Bayi Perempuan Ketika Tukar Lampin, Jangan Terbalik ‘Step’

CUCI KERUSI SULTAN PAHANG TAPI ADA PLOT TWIST

CUCI KERUSI

Lebih mendebarkan, kerusi berkenaan diperbuat daripada material sutera (silk) dan mempunyai nilai kira-kira RM15,000.

Apa yang membuatkan pengalaman itu sukar dilupakan apabila kerusi berkenaan merupakan perabot baharu yang masih belum pernah digunakan.

“Dapat job cuci wing chair Sultan Pahang (masatu agong), material silk yang berharga RM15,000. Kerusi baru, tak pernah duduk, Saya unwrap, cuci dan rosakkan. Terus taubat nasuha dari cuci silk sampai sekarang,” jelasnya.

Menurutnya, kerusi tersebut dikatakan disediakan untuk digunakan sempena satu majlis perasmian private helipad milik baginda.

Dia turut menggambarkan perasaan panik yang dialami selepas menyedari kerusi berkenaan rosak akibat proses cucian.

Dia menjelaskan bahawa pihak yang menempah khidmatnya pada awalnya tidak memberikan maklumat lengkap mengenai kerusi tersebut.

Malah, kesan kotoran pada kerusi itu juga sebenarnya hanya berupa hairline watermark. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi semakin mendebarkan apabila dia memasuki kawasan berkenaan untuk menjalankan tugasan.

Pada ketika itu, dia mengakui tidak pernah mempunyai pengalaman mencuci material sutera dan tidak mengetahui bahawa proses cucian menggunakan air boleh menyebabkan masalah pada fabrik tersebut.

Menurutnya, material sutera yang digunakan pada kerusi tersebut mempunyai pewarna yang boleh luntur apabila terkena air.

Selepas kerosakan berlaku, barulah segala maklumat mengenai kerusi tersebut, termasuk nilai dan materialnya, diberitahu kepadanya.

“Dah jahanam baru nak cerita semua. Mujur tak kena bayar ganti rugi. Auto miskin kalau kena ganti, tak mustahil wing chair harga 15k ada dekat rumah saya,” luahnya.

Minta pelanggan berterus terang dengan cleaner

CUCI KERUSI

Daripada pengalaman tersebut, JosDetails turut menitipkan pesanan kepada pelanggan supaya memberikan maklumat lengkap kepada cleaner sebelum sesuatu kerja dilakukan.

Menurutnya, jenis material, sejarah kotoran dan punca kesan pada perabot antara maklumat penting yang perlu diketahui terlebih dahulu.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian pengguna Threads yang menganggap pengalaman berkenaan sebagai antara tugasan paling mendebarkan untuk seorang cleaner, terutama apabila melibatkan barangan bernilai tinggi dan milik individu kenamaan.

Baca juga: Kesan Karat Pada Lantai Susah Hilang? Ini 9 Cara Paling Menjadi Dikongsikan Warganet, Boleh Try!

Sumber: Threads Jo’sDetails

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×