Dapur

Resepi Bayam Bijan Korea Macam Tengok Dalam K-Drama, Tak Susah Pun Bahannya!

30
SHARES
resepi makanan korea

Bercakap mengenai negara Korea, sudah pasti anda akan terbayang-bayang keseronokkan melancong di lokasi-lokasi menarik, drama Korea dan industri muzik, K-Pop mereka bukan? Buat peminat K-Drama khususnya, mesti anda turut meminati makanan-makanan dari negara ini dan terliur setiap kali menonton dalam drama. Jadi, mulalah proses ‘menggali’ resepi makanan Korea untuk dicuba di rumah.

Salah satu menu yang menjadi kegemaran iaitu menu sampingan (side dish) dalam setiap hidangan utama adalah Korean Spinach Banchan. Tak perlu susah-susah cari restoran Korea untuk merasai hidangan ini kerana anda boleh buat di rumah dengan mudah!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Honey Garlic Ala-Ala KyoChon, Rangup Dan Manisnya Memang Padu!

RESEPI MAKANAN KOREA DIMINATI RAMAI, KOREAN SPINACH BANCHAN

resepi makanan korea

Bahan-bahan (untuk 1x makan):

-1 ikat bayam
-1 ulas bawang putih (hiris nipis-nipis atau dihaluskan)
-1 sudu kecil kicap masin
-2 sudu minyak bijan
-1 sudu chili flakes
-Perasakan dengan garam

Cara-caranya:

1. Sebelum direbus, potong dan cuci bayam terlebih dahulu.

2.Kemudian, siapkan air yang sudah dicampur dengan 1 sudu garam, tunggu sampai mendidih. Bila sudah mendidih masukkan bayam, celupkan ke dalam air dan REBUS SELAMA 60 saat.

3. Selesai direbus, pindahkan ke dalam bekas air berisi ais. Celupkan selama 30 saat dan angkat, tapiskan sampai kandungan airnya berkurang.

4. Setelah ditapis dan dibiarkan kering, potong bayam jadi 2 bahagian agar ukurannya lebih kecil. Kemudian, masukkan bahan-bahan seperti bawang putih, minyak bijan, kicap masin, chili flake dan seasoning yang sesuai seperti di atas.

5.Gaul adunan ini sehingga semua bahan rata dan terakhir sekali taburkan bijan dan tuangkan sedikit minyak bijan.

resepi makanan korea

*Selamat mencuba dan ‘feeling’ ala-ala dalam K-Drama!

Baca juga: Sedapnya Tengok Oppa Makan..Ini Resepi Kimchi Menjadi ‘Teruk’ Walaupun Tak Cukup Bahan

Sumber: X @wnisekai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×