Nampaknya, ramai dalam kalangan orang di sekeliling kita tengah mengalami demam, batuk dan selesema bukan? Ini merisaukan kerana penularan virus Covid19 pun dilihat masih belum hilang dan masih menjangkiti insan-insan yang memiliki antibodi yang lemah. Oleh itu, bagi merawat dan meningkatkan kekuatan antibodi, minum air lemon madu merupakan salah satu solusi!
Rawatan penyakit dengan minum air lemon madu telah dilakukan sejak dahulu lagi apabila terbukti dapat menyembuhkan batuk dan selesema. Malah, untuk membuat air lemon madu ini pun mudah kerana anda boleh buat di rumah sahaja. Jom kita cuba!
Baca juga: Tak Sangka 2 Bahan Semula Jadi Ini Boleh Jadi Ubat Batuk Berkahak Paling Sedap!
BUAT AIR LEMON MADU, RAWAT BATUK DAN SELESEMA YANG DEGIL!
Petua untuk anda yang batuk dan selesema tak lega-lega tu. Minum yang ini confirm esoknya terus lega!
Cara cuci lemon:
Cuci lemon bersih-bersih buang kotor dan wax. Rendam garam sekejap dan cuci. Potong hujung dan gosok hujung seluruh lemon untuk pastikan lemon benar-benar bersih untuk kita buat peraman lemon.
Cara buat:
1. Hiris lemon nipis-nipis buang biji
2. Ambil bekas kaca. Lapisan pertama letak madu
3. Susun hirisan lemon. Tekan-tekan lemon untuk keluarkan jus
4. Selang dengan madu, lemon madu sampai habis
5. Siap
6. Peram 2 hari dalam peti dan sedia digunakan
Madu boleh guna apa-apa jenis pun boleh. Buat anda yang tak berapa nak rajin potong lemon, boleh Honey Lemon Korea.
Semalam I try, today dah feeling better. Lemon ini bagus untuk kuatkan imun badan sebab kaya dengan vitamin C.
Baca juga: 8 Makanan Boleh Bantu Otak Anak Jadi Setajam Pisau, Nak Menghafal Pun Mudah!
Sumber: X @zaiquzai