Sihat

Tak Sangka 2 Bahan Semula Jadi Ini Boleh Jadi Ubat Batuk Berkahak Paling Sedap!

6
SHARES
batuk berkahak

Kebiasaannya, batuk berkahak mengambil masa berminggu untuk pulih, walaupun setelah penghidap mencuba pelbagai cara merawatnya. Ada yang sampai habis duit dengan membeli ubat, namun batuk berkahak masih tidak lega. Tapi jangan risau, ada satu perkongsian penawar kepada batuk berkahak ini hanya dengan menggunakan buah pear!

Jika anda perhatikan, orang Barat sering merebus atau mengukus buah pear ketika musim sejuk bukan? Disangkakan sebagai menu pemanis mulut, rupanya inilah yang menjadi ‘ubat’ di saat mereka mengalami masalah batuk. Boleh cuba!

Baca juga: DIY ‘Baby Balsam’ Versi Sihat Untuk Bayi Yang Kerap Batuk & Selesema, Campur 2 Bahan Je!

PENAWAR BATUK BERKAHAK MENGGUNAKAN BUAH PEAR

batuk berkahak

Patutlahh ‘mat saleh’ atau orang Barat suka kukus atau rebus buah pear. Rupanya banyak manfaat dan petua ni boleh diamalkan oleh kanak-kanak hingga orang dewasa!

Bahan-bahan:

– 1 biji buah pear
– 2 helai kamchau (licorice kayu manis)

Cara:

1. Potong bahagian atas buah pear.

2. Korek di tengah-tengah buah pear tersebut dan buat macam lubang (rujuk gambar)

3. Letak 2 helai kamchau ke dalam lubang buah pear tadi.

4. Tutup atas buah pear tersebut.

5. Kukus selama sejam dengan api kecil.

batuk berkahak

*Selepas sejam, anda boleh minum air kukusan buah pear semasa masih hangat. Buah pear itu jangan buang pula kerana anda boleh makan macam biasa. Rasanya sedap dan manis. Bahkan, anak-anak kalau batuk pun akan request buat “ubat ni”. InsyaAllah, batuk & kahak cepat hilang & tak melarat. Boleh cuba yaa..

Baca juga: Guna 5 Bahan Jadikan ‘Jus Hijau’ Dan Amalkan Setiap Hari Boleh Elak Nyanyuk

Sumber: Foodporn Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×