Asuh

DIY ‘Baby Balsam’ Versi Sihat Untuk Bayi Yang Kerap Batuk & Selesema, Campur 2 Bahan Je!

27
SHARES
khasiat bawang putih

Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa khasiat bawang putih bukan sahaja boleh digunakan dalam makanan, malah dari segi perubatan juga. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa gabungan bawang putih dan minyak kelapa dara boleh menghasilkan minyak angin ‘baby balsam’ versi sihat.

Mungkin ada dalam kalangan anak-anak yang tidak serasi dengan penggunaan minyak angin yang dijual di luar. Jadi boleh mak ayah cuba DIY sahaja minyak angin menggunakan dua bahan ini yang lebih mesra kepada kulit mereka hasil dari perkongsian Dr Mazliana Mazlan.

Baca juga: Petua Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat Tapi, Si Ibu Yang Kena Minum Air Herba Ini

KHASIAT BAWANG PUTIH & MINYAK KELAPA DARA, BOLEH BUAT BABY BALSAM VERSI SIHAT

khasiat bawang putih

Vicks versi sihat untuk anak-anak. Boleh panggil coconut garlic balm. Atau bahasa kita, minyak kelapa bawang putih. Untuk baby, yang kerap sangat tak sihat batuk selsema, boleh try buat macam ni ok. Cuba sikit dulu, tengok keserasian, dan tindakbalas pada kulit anak.

Bahan-bahan;

1. Minyak kelapa dara/tanak

2. Bawang putih

Cara nak buat;

1. Potong dadu bawang putih

2. Masukkan minyak kelapa dara.

3. Kacau sebati dan terus boleh guna.

4. Simpan dalam peti sejuk untuk dapat tekstur macam balm, guna bila perlu.

Anda boleh sapu di dada, belakang dada, pelipat betis dan tapak kaki baby. Kalau anak serasi, cepat lega dan kering kahak insyaAllah. Untuk anak-anak yang dah besar sikit, boleh je bagi terus honey garlic. Lagi senang!

khasiat bawang putih

*Selamat mencuba! Kalau guna Vicks, jangan sapu pada bayi usia 2 tahun ke bawah ya..

Baca juga: Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 Bermula Mac, Ini Jadual Penuh Untuk Rujukan

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×