Sejak kebelakangan ini, cuaca dalam negara sedikit tidak menentu dan menyebabkan ramai dalam kalangan kita yang mengalami batuk, terutamanya kanak-kanak. Oleh kerana pengambilan ubat batuk adalah terhad buat kanak-kanak, terdapat solusi ubat batuk tradisional boleh dicuba untuk merawat gejala ini.
Terutamanya jika anak-anak menghidapi asma, ada satu ramuan pes sapuan menggunakan bawang putih dan beberapa jenis herba boleh digunakan untuk mengurangkan batuk dan sejuk badan.
Baca juga: DIY ‘Baby Balsam’ Versi Sihat Untuk Bayi Yang Kerap Batuk & Selesema, Campur 2 Bahan Je!
UBAT BATUK TRADISIONAL GUNA HERBA JADIKAN PES
Berikut merupakan perkongsian petua dari seorang ayah dikenali sebagai Ben Safwan di laman Facebook.
“Anak sulung Ben tak berhenti batuk sejak jam 8.00 tadi. Cuaca sejuk ,dia ada asma. Ubat tak jalan, vick minyak panas tak jalan. Berterusan 40 minit batuk. Walaupun dah tutup kipas semua. Ben takde daya upaya dah selain mencuba dan berharap kepada Allah”
Bahan-bahan:
-1 labu bawang putih
-Minyak
-Lada hitam
-Bunga cengkih
-Buah pala
Cara-caranya:
1.Bakar 1 labu bawang putih sampai hangus hitam bahagian luar.
2.Kemudian, letak minyak lebih kurang 1/2 cawan, letak lada hitam 1 sudu makan, 1 sudu makan gabungan cengkih dan buah pala.
3.Kesemua ini perlu dikisar dahulu sebelum dimasukkan bersama minyak tadi.
Tujuan gabungan bahan ini dibuat adalah untuk panaskan suhu badan anak dari luar supaya badan lebih tahan sejuk. Percubaan ini membuahkan hasil apabila selepas disapu di belakang badan anak, terus rasa lega dan kurang batuk sebanyak 70-80%!
Jadi, buat anda yang ada anak-anak menghidapi asma khususnya, boleh cuba rawatan tradisional ini untuk menjadikan badan anak lebih panas dan kurang masalah pernafasan. Hanya sapu di dada dan belakang badan berserta selawat dan doa semoga penyakit tersebut dapat sembuh.
Baca juga: 4 Jenis Ubat Batuk Popular Ini Ada FUNGSI BERBEZA, Minum Yang Betul Baru Cepat Sembuh!
Sumber: Ben Safwan