Sihat

7 Jenis Ubat Batuk Di Farmasi Ikut Jenis Batuk Yang Kita Alami, Baru Cepat Sembuh

46
SHARES
jenis ubat batuk

Setelah dua tahun kita terpaksa berdepan dengan gelombang Covid-19 yang bukan sahaja melanda negara, malah seluruh dunia. Walaupun berlaku penurunan dalam jangkitan kes, namun mudah untuk kita berdepan dengan jangkitan virus penyakit lain yang semakin berleluasa juga.

Seperti sekarang, ramai dalam kalangan kita yang dah terkena penyakit seperti Influenza dan dikatakan ‘musim’ kepada demam, selesema dan batuk. Oleh itu, bila anda berkunjung ke farmasi pastikan anda meminta jenis ubat yang betul supaya sakit dapat sembuh dalam jangka masa yang cepat.

Baca juga: Serangga Masuk Telinga, Nak Kena Buat Apa Ni?

Ada 2 jenis batuk yang selalu kita alami:

Bila kita walk in ke farmasi untuk membeli ubat batuk, pastikan sebelum membeli kita tahu jenis batuk yang kita alami supaya senang mendapatkan ubat yang sesuai.

1. Batuk kering

Tanda-tanda: Tiada kahak, gatal tekak, suara bertukar jadi garau dan boleh buat hilang suara
Punca: Jangkitan virus di tekak, asma/lelah, habuk/jerebu/bahan kimia/asap rokok dan kesan sampingan ubat

2. Batuk basah

Tanda-tanda: Berkahak, rasa sesak dada bila batuk

Punca: Jangkitan bakteria di tekak, pneumonia atau post-nasal drip

Jenis ubat untuk rawat batuk

1. Expectorant (penyingkir kahak)

Sesuai untuk batuk berkahak

Contoh ubat: DCM Expectorant, Mucolix

2. Antitussive (penghenti batuk)

Sesuai untuk batuk kering tanpa kahak.

Contoh ubat: Copastin, Rasitin

3. Anti-asthmatics (batuk lelah)

Sesuai untuk korang yang mengalami batuk lelah, terutamanya batuk pada sebelah malam.

Contoh ubat: Ventolin, Salmodil

4. Mucolytics (cair kahak)

Untuk mencairkan kahak pekat supaya senang dikeluarkan dan melegakan batuk.

Contoh ubat: Bromhexine, Stenac

5. Decongestant (ubat selesema)

Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post-nasal drip), melegakan batuk, selesema dan hidung tersumbat.

Contoh ubat: Cough-EN, Sedilix

6. Antibiotik

 

Sekiranya batuk melebihi tiga hari beserta kahak hijau/kuning (perlu slip doktor jika ingin mendapatkan antibiotik di farmasi luar)

7. Lozenge

Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan batuk.

Contoh ubat: Difflam, Strepsils, Sobenz

Selain daripada ubat-ubat batuk yang terkawal seperti ini, terdapat juga ubat batuk herba atau tradisional yang boleh menghilangkan batuk. Anda mesti familiar dengan Prospan, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Ubat Batuk Hurix’s dan macam-macam lagi kan, jadi ubat-ubat ini juga boleh digunakan untuk merawat gejala batuk yang dihadapi.

Kalau dah habis sebotol tapi masih juga tak ok baik terus jumpa doktor untuk rawatan susulan. Manalah tau kot ada masalah lain. Sebaiknya, dapatkan juga nasihat daripada pakar.

Baca juga: Farmasi Najwa Pusat Bandar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×