Famili

Filem Pendek Keberkatan Lebaran Didik Diri Agar Bersyukur & Menghargai Nikmat Kurniaan-Nya.

19
SHARES

Segala nikmat dan kegembiraan yang kita rasa tidak akan lengkap tanpa kesyukuran.

Apabila kita bersyukur maka akan datanglah kebahagiaan dan keberkatan dalam menjalani kehidupan.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2024 (1445 hijrah) , PERODUA mempersembahkan filem pendek raya, Keberkatan Lebaran untuk mengingatkan kita kembali tentang kepentingan mensyukuri nikmat yang di berikan-Nya.

Keberkatan Lebaran, zahir rasa syukur diatas nikmat kurniaan-Nya.

Filem pendek Keberkatan Lebaran

Melalui filem Keberkatan Lebaran, sambutan Aidilfitri dizahirkan sebagai hari dimana seluruh umat Islam bersyukur diatas segala nikmat kurniaan Yang maha Esa.

Ia adalah hari dimana kita muhasabah diri dan menginsafi segala kesalahan yang pernah dilakukan.

Dalam filem ini, seluruh umat Islam bangun awal pagi dan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid sebelum kembali ke rumah masing-masing untuk menyiapkan juadah dan persiapan Aidilfitri.

Mereka kemudiannya datang semula ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, sambil berterusan melaungkan takbir dan tahmid memuji kebesaran Ilahi.

Inilah antara cara umat Islam menzahirkan kesyukuran, selain bermaafan di antara satu sama lain.

Kolaborasi bersama ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.

Filem pendek Keberkatan Lebaran

Mengetengahkan unsur ketakwaan dan kemesraan yang terjalin dalam ‘ummah’, Keberkatan Lebaran adalah filem pendek hasil kolaborasi bersama ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, satu gerakan sosial yang diterajui oleh Alif Satar.

Objektif utama gerakan ini adalah untuk meramaikan jemaah solat Subuh di masjid dan dalam masa yang sama mengukuhkan silaturrahim di antara umat Islam.

Selain itu, banyak nilai-nilai murni di selitkan dalam filem ini seperti kepentingan amalan bersedekah dan saling bantu-membantu.

Soundtrack Keberkatan Lebaran karya istimewa Alif & The Locos.

Filem pendek Keberkatan Lebaran

Untuk pengetahuan anda semua, penggambaran filem Keberkatan Lebaran diadakan di Masjid Perodua dan filem ini menggunakan soundtrack berjudul Keberkatan Lebaran, lagu rekaan khas dendangan Alif Satar bersama penampilan istimewa Alif & The Locos.

Saksikan filem pendek Keberkatan Lebaran di Youtube Perodua sekarang!

Anda juga boleh strim lagu ‘Keberkatan Lebaran’ oleh Alif Satar di SoundCloud bermula hari ini.

Raikan suasana lebaran dengan penuh kesyukuran.

Salam Aidilfitri daripada Perodua!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×