Dapur

Air Nabeez Minuman Kegemaran Rasulullah Kaya Khasiatnya & Ada Resepi Juga!

15
SHARES
khasiat air nabeez

Secara umumnya, penulis percaya memang ramai sudah tahu khasiat air nabeez ini yang juga minuman kegemaran Rasulullah S.A.W yang dijadikan sebagai amalan Baginda. Antara manfaatnya adalah sebagai pemberi dan pemulih tenaga.

Kalau nak tahu, air nabeez mempunyai dua pilihan campuran makanan sunnah yang boleh digunakan, iaitu sama ada kurma atau kismis. Melalui perkongsian resipi Puan Leha Yusuf, anda hanya boleh menggunakan salah satu buah ini sahaja dan tidak boleh dicampur. Jom lihat butiran di bawah.

Baca juga: Bahaya Minum Kopi Joss, Air Campuran Bara Arang Risiko Dapat Kanser!

KHASIAT AIR NABEEZ & RESIPI

khasiat air nabeez

Gambar: Leha Yusuf

Air minuman Nabeez bukanlah resipi baru, tapi masih ramai yang belum amalkan air sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kebiasaannya, popular masa Ramadan saja, sebab ramai yang akan buat air nabeez ini untuk sahur.

Rasa air bergantung pada kurma yang kita guna. Kalau kurma itu manis, manis la airnya itu. Boleh saja guna apa-apa jenis kurma pun. Khasiatnya tetap sama, Kak Ya guna kurma Ajwa sebab memang suka rasanya.

Baca juga: Resepi 7 Air ‘Ajaib’ Buang Toksin Dalam Tubuh, Guna Bahan Natural Je Kesan Luar Biasa!

Banyak khasiat minuman nabeez ini, antara khasiatnya:

  1. Pemberi dan pemulih tenaga.
  2. Tinggi kandungan fiber – menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
  3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
  4. Kaya akan pottassium – penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.
  5. Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang lebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.
  6. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox.
  7. Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

Baca juga: Petua Orang Lama Makan Sambal Halia Je, Pulih Lenguh & Angin Badan Serta Ibu Bentan!

Resepi Air Nabeez

khasiat air nabeez

Gambar: Leha Yusuf

  • Kurma – 3 biji (bilangan ganjil)
  • Air – 1 gelas
  1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 1 gelas. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.
  2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
  3. Kalau yang berpuasa sahur esok air tu dah boleh diminum.

Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ya. Kalau buat kurma, kurma saja. Kalau kismis, kismis saja.

Air ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi. Amalkan masa perut kosong. Dah buat boleh terus minum atau nak blend dengan susu pun boleh. Resipi simple dari Kak Ya.

Baca juga: Ramai Tak Tahu Minum Air Rendaman Kacang Bendi Boleh Turun Kolesterol, Ini Petua Mujarab!

Minuman amalan Nabi Muhammad S.A.W

Sementara itu, menurut Dr Ustaz Rozaime Ramle, air rendaman kismis atau kurma menjadi amalan Nabi SAW berdasarkan hadis ini:

عن ابن عباس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينتبذ له أول الليل فيشربه إذا أصبح يومه ذلك والليلة التي تجيء والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر، فإن بقي شيء سقاه الخادم أو أمر به فصب.

[Sahih muslim]

Daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam selalu dibuat nabiz untuk Baginda pada awal malam. Lalu Baginda meminumnya apabila masuk waktu pagi hari tersebut, juga pada malam yang akan tiba, pada keesokan pagi, pada malam lain, pada keesokan pagi (hari ketiga) hingga Asar. Sekiranya masih berbaki sedikit, Baginda akan memberinya minum kepada khadam atau Baginda memerintahkan supaya membuangnya.

Tambah Ustaz Rozaime lagi, air rendaman ini perlu diminum pada keesokan paginya dan tidak boleh direndam lama sehingga 2 atau 3 hari. Hal ini kerana, rendaman lama boleh menjadikan air itu memabukkan dan ia adalah tidak boleh diminum.

“Maksudnya rendaman malam dan diminum keesokkan paginya. Itu yang diamalkan oleh Rasulullah. Bukan rendam lama 2,3 hari baru minum. Jika rendaman itu lama, maka ia akan jadi memabukkan. Itu yang tidak boleh. Wallahua’lam,” ulas Dr Ustaz Rozaime Ramle di hantarannya.

Baca juga: Manfaat Tombong Kelapa Bantu Rawat Sakit Buah Pinggang, Minum Tiap Pagi!

Sumber: Leha Yusuf / Dr. Rozaimi Ramle

FT Image: Leha Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×