Famili

Resepi Air Hikmat Bersumberkan Empat Bahan Hebat, Rawat Sakit Kepala & Kembali Fokus!

2
SHARES

Faham-faham sajalah sedang musim sakit ini, macam-macam penyakit datang. Termasuklah sakit kepala atau hilang fokus. Justeru itu, anda perlu cuba tonik rahsia ini untuk merawatnya.

Melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, beliau telah berkongsikan resepi air hikmat. Bukan sahaja dapat merawat masalah di atas, malah dapat memberikan ketenangan dan sumber kepada bekalan tenaga apabila berasa lesu.

Baca juga: Doktor Kongsi 10 Amalan Boleh Dilakukan Sebelum Tidur Untuk Mudah Lena, Menjadi!

AIR TONIK RAHSIA BERSUMBERKAN EMPAT BUAH-BUAHAN HEBAT!

Sekarangkan musim sering sakit. Saya ada satu petua untuk kembalikan balik tenaga. Fokus dan ketenangan. Yang kerap sakit kepala tu ini tonik untuk rawatnya.

Saya namakannya sebagai air hikmat.

RESEPI AIR HIKMAT RAWAT SAKIT KEPALA, BEKALKAN TENAGA & LEBIH FOKUS!

BAHAN-BAHAN:

  • Longan kering.
  • Kurma merah.
  • Gojiberries.
  • Gula kelapa OCOC (Optional – daun pandan, halia).

1. FUNGSI BUAH LONGAN KERING

Longan kering ini bantu rendahkan kolesterol. Ada serat fiber. Ada potassium. Bagus untuk tekanan darah.

2. FUNGSI BUAH KURMA MERAH

Kurma merah ada 3 anti oksida hebat iaitu flavonoid. Carotenoid dan phenolic acid.

Flavonoids bantu hilangkan inflamasi. Juga dikaji dalam konteks kurangkan risiko diabetes, Alzheimer’s dan kanser.

Carotenoids penting untuk kesihatan jantung. Juga didapati dapat jauhkan risiko penyakit mata seperti katarak dan macular degeneration.

Phenolic acid kurangkan risiko terkena kanser dan penyakit jantung.

3. FUNGSI GOJIBERRIES

Gojiberries tingkatkan imun sistem dan lindungi dari selesema. Paling disukai ialah bab bantu turunkan berat badan.

4. FUNGSI GULA KELAPA

Gula kelapa lagilah. Ciri unik ada inulin. Tiada dalam gula lain. Nilai GI rendah. Mesra diabetes.

Ramai dah bagi feedback. Sejak tukar gula putih dengan gula kelapa. Badan rasa sihat. Paling padu ialah berat badan menurun. Hanya amal ni.

Percayalah saya bagitahu. Ini kajian sains cakap. Yang plan nak turun berat sejak 10 tahun lepas tu. Cer check ada ambil gula putih tak?

CARA PENYEDIANNYA:

1. Basuh longan kering, gojiberries dan kurma merah.

2. Kurma merah rendam sekitar 15 minit. Nak bagi lembut.

3. Masuk air lebih kurang 1 liter atau 1 liter setengah.

4. Masukkan semua bahan kecuali gula kelapa.

5. Rebus sampai mendidih.

6. Masukkan gula kelapa secukup rasa.

Minum ni setiap minggu terutama ketika mental tengah koyak. Badan penat. Memang padu! Rasanya pun sedap ala-ala lai chi kang.

Tak perlu dah ambil pil “Anda ingat saya ada masa untuk sakit kelapa?”.

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×