Euforia Bola 2026
Asuh

Pelajar Umur 12 Tahun Meninggal Dunia Secara Mengejut, Mengadu Sakit Kepala Ketika Latihan Silat

mati mengejut

Kes mati mengejut dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sememangnya jarang berlaku, namun ia sering mengundang persoalan dalam kalangan masyarakat.

Baru-baru ini, perkongsian Mr Wan Cai Official di Facebook mengenai pemergian seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun selepas mengadu sakit kepala ketika latihan silat mendapat perhatian ramai.

Baca juga: Dikejar Anjing Liar Hingga Motor Terbabas, Mekanik Koma Lebih Seminggu Kini Berisiko Alami Kecederaan Otak Kekal

PELAJAR 12 TAHUN MATI MENGEJUT SELEPAS MENGADU SAKIT KEPALA

MATI MENGEJUT

Menerusi perkongsian tersebut, Allahyarhamah Nur Annisah Maisarah dilaporkan tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit kronik sebelum ini.

Pemergian anak kedua daripada empat beradik itu secara mengejut meninggalkan persoalan dan kesedihan yang mendalam buat kedua-dua ibu bapanya.

Menurut perkongsian berkenaan, pada Sabtu, 1 Ogos lalu, Allahyarhamah menghadiri kelas tambahan di Sekolah Agama Pandamaran bermula sekitar jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Selepas pulang ke rumah, dia dikatakan berehat dan tidur seketika sebelum keluar menghadiri latihan silat di Masjid Ar-Rahman, Pandamaran pada sebelah malam.

Namun ketika sesi latihan berlangsung, Allahyarhamah memaklumkan kepada guru silat bahawa dia mengalami sakit kepala dan berasa ingin muntah.

Susulan itu, guru silat meminta pelajar berkenaan menghentikan latihan dan berehat. Kira-kira jam 10.30 malam, guru silat menghubungi ibu Allahyarhamah dan memintanya datang ke gelanggang sebelum membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, ibu Allahyarhamah mendapati anaknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Guru silat dilaporkan cuba menghubungi talian kecemasan 999, namun gagal kerana talian sibuk. Annisah kemudian mengambil keputusan menghantar Allahyarhamah sendiri ke hospital menggunakan kenderaan persendirian.

Disahkan meninggal dunia selepas 3 kali CPR

MATI MENGEJUT

Menurut perkongsian itu lagi, Allahyarhamah tiba di hospital sekitar jam 12 tengah malam pada Ahad, 2 Ogos.

Pasukan perubatan telah memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebanyak tiga kali, namun Annisah disahkan meninggal dunia.

Bedah siasat kemudiannya dijalankan pada hari yang sama sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga untuk diuruskan.

Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar, Klang. Difahamkan, kedua-dua ibu bapanya berasal dari Sabah dan kini menetap di Bukit Tinggi, Klang.

Menerusi perkongsian tersebut, Allahyarhamah disifatkan sebagai seorang anak yang ceria serta sentiasa menghormati ibu bapanya. Pemergiannya turut meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga, rakan-rakan sekolah dan mereka yang mengenalinya.

Baca juga: Harga PERODUA Axia Turun Sehingga RM4,700! Kini Lebih Mampu Milik Untuk Rakyat Malaysia

Sumber: Facebook Mr Wan Cai Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×