Euforia Bola 2026
Famili

Ibu & 2 Anak Perempuan Ditemui Ma*t Dalam Bilik Rumah, Polis Siasat Punca Kematian

tiga beranak maut

Satu kejadian menyayat hati menggemparkan penduduk Bandar Baru Tambun, Ipoh, malam tadi apabila tiga beranak maut iaitu ibu bersama dua anak perempuannya di dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka.

Mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 46 tahun dan dua anak perempuannya, masing-masing berusia 11 dan 12 tahun.

Baca juga: Berita Baik! Kerajaan Lulus 13,343 Jawatan Baharu KKM, Perkukuh Sistem Kesihatan Awam Negara

TIGA BERANAK MAUT DALAM BILIK TIDUR, POLIS JALANKAN SIASATAN

tiga beranak maut

Foto: Berita Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 9.10 malam sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

Polis menemukan sebuah bekas yang dipercayai mengandungi sisa pembakaran arang di dalam bilik tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa pemeriksaan awal yang dijalankan oleh pasukan forensik polis bersama pakar patologi forensik tidak menemukan sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Berdasarkan penemuan awal itu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Walau bagaimanapun, klasifikasi tersebut tidak menamatkan siasatan kerana polis masih menjalankan pelbagai proses bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Proses Bedah Siasat Dilakukan Hari Ini

Menurut Muhammad Najib, proses bedah siasat dijadualkan dijalankan pada hari ini bagi membantu mengenal pasti punca kematian.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan berkaitan kejadian tersebut.

Baca juga: Jangan Terus Sapu! Tester Lipstick Yang Dikongsi Ramai Orang Boleh Tingkatkan Risiko Jangkitan HSV-1

Sumber: Harian Metro 

FT Image: MalaysiaGazzete

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×