Deko & Hias

Hanya Guna 4 Tips Mudah Ini, Bilik Tidur Anda Akan Nampak Luas Dan Kemas

5.1K
SHARES

Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira dari rumah kayu sehinggalah ke rumah batu, pasti ada sahaja yang berkongsi idea tentang cara menghias. Dari hiasan minimalis sehinggalah ke modern style ataupun classic style, pelbagai idea menarik pasti anda dapat hanya dengan google sahaja.

Salah satu ruang yang paling digemari orang ramai untuk mengubah suai ialah ruangan bilik tidur. Tetapi anda perlulah tahu cara yang betul untuk menghias bilik tidur anda agar tidak kelihatan sempit. Sehubungan itu, anda boleh merujuk kepada Ezza Zaidi melalui perkongsiannya di laman Twitternya di mana dia telah memberitahu beberapa tips yang betul untuk menghias ruangan tidur agar bilik kelihatan lebih luas.

TIPS HIAS BILIK TIDUR NAMPAK LUAS!

1. Guna warna soft atau pastel

Warna bilik is one of the key untuk bilik korang nampak luas tau! Warna soft macam baby pink, light grey atau putih, boleh bagi bilik korang nampak luas walaupun hakikatnya tak la luas mana kan.

2. Pemilihan perabot

Banyakkan perabot yang multifunction, contoh nya, loft bed dan katil yang ada laci. Bawah dia tu you all boleh sumbat macam macam! Jimat ruang. Ikea banyak jual bed frame mcm tu. Minimalistik giteww!

3. Cermin

NI FAV! Tipu kalau korang tak ada cermin dekat bilik Face with tears of joy Tak kecik yang besar tu. Lagi besar cermin tu lagi bagus, sebab pantulan cahaya cermin tu, boleh bagi illusion bilik kita nampak luas! i share sikit idea susun cermin panjang.

4. Pencahayaan

Kebiasaanya bilik ruang kecik ni akan nampak suram dan gelap kan. Ni la time uolls beli fairylight yang comel tu. Make sure bilik korang tu terang tau, tak kisah la cahaya matahari atau dari lampu korang sendiri. Asalkan terang!

Sumber : Ezza Zaidi

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×