Baskin-Robbins kini tampil dengan kolaborasi istimewa yang bukan saja membolehkan korang menikmati ais krim kegemaran ramai, malah berpeluang membawa pulang koleksi yang pasti menjadi rebutan.
Lebih best, korang boleh pilih pelbagai bundle menarik yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, rakan-rakan atau dijadikan pencuci mulut ketika berkumpul.
Bukan sekadar ais krim, korang boleh dapat jam tangan Upin & Ipin Edisi Terhad Grab!

Kalau ada satu promosi yang korang tak patut lepaskan, jam tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab ini hanya boleh dimiliki apabila korang membeli bundle terpilih melalui aplikasi Grab.
Dengan rekaan eksklusif bertemakan Upin & Ipin, koleksi ini pastinya menjadi buruan peminat siri animasi popular tersebut. Jadi, kalau korang tengah cari hadiah untuk si kecil atau memang suka mengumpul merchandise Upin & Ipin, memang rugi kalau lepaskan peluang ini.
Pilih bundle ikut citarasa, lagi ramai lagi seronok!
Tak kiralah korang nak nikmati ais krim bersama keluarga, kawan-kawan atau buat kejutan manis untuk orang tersayang, Grab dan Baskin-Robbins menawarkan beberapa pilihan bundle yang boleh dipilih mengikut citarasa dan saiz hidangan korang.
Antara bundle yang ditawarkan percuma jam tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab ialah:
1. Upin & Ipin 2 Pints & Cooler Bag – RM90

2. Upin & Ipin 2 Cups – RM19

3. Upin & Ipin Cake 6″ – RM160

Bundle yang paling popular dan menjadi pilihan ramai ialah Upin & Ipin 2 Pints & Cooler Bag kerana korang bukan saja dapat menikmati dua bekas aiskrim Baskin-Robbins, malah turut menerima cooler bag serta jam tangan Upin & Ipin edisi terhad.
Memang sesuai untuk dijadikan sajian ketika berkumpul bersama keluarga atau meraikan detik istimewa bersama insan tersayang.
Nak jumpa Upin & Ipin? Jom serbu acara mereka di MyTOWN sempena Hari Merdeka ni! Confirm meriah!
Selain menikmati promosi ini melalui Grab, korang juga boleh membawa seisi keluarga ke MyTOWN Shopping Centre untuk merasai sendiri kemeriahan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Acara ini akan berlangsung dari 27 hingga 31 Ogos 2026, bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam, jadi korang ada banyak masa untuk singgah dan memeriahkan suasana.
Sepanjang acara berlangsung, korang berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti:
- Sesi Meet & Greet Upin & Ipin dan Opah
- Permainan dan kuiz interaktif
- Peluang memenangi pelbagai merchandise terhad yang menarik
Bagi ibu bapa yang sedang mencari aktiviti hujung minggu bersama anak-anak, inilah peluang untuk meluangkan masa berkualiti sambil menikmati suasana yang penuh keceriaan.
Tunggu apa lagi? Jom rebut peluang miliki koleksi ni, hanya di Grab!
Kalau korang dah terbayang nak menikmati Baskin-Robbins sambil memiliki jam tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab, jangan tunggu lama-lama. Pilih saja bundle kegemaran korang melalui aplikasi Grab dan nikmati pelbagai ganjaran yang ditawarkan.
Lepas tu, ajak sekali keluarga dan kawan-kawan singgah ke MyTOWN Shopping Centre dari 27 hingga 31 Ogos 2026, bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam, untuk merasai sendiri kemeriahan aktiviti yang disediakan.
Cepat dapatkan bundle pilihan korang dan rebut peluang memiliki koleksi terhad ini sementara promosi masih berlangsung!
