Setiap ibu bapa pasti mahu menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat, aktif serta memberi ruang untuk potensi berkembang sepenuhnya.
Namun, tahukah anda bahawa tahun-tahun awal kehidupan merupakan antara tempoh yang sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak?
Dalam tempoh ini, otak kanak-kanak berkembang dengan pesat dan membentuk banyak sambungan yang membantu mereka belajar, memproses maklumat, berkomunikasi serta bertindak balas terhadap persekitaran.
Sebab itu, memahami perkembangan otak kanak-kanak bukan sekadar melihat sama ada dia sudah pandai bercakap, berjalan atau mengenal nombor. Nutrisi, pengalaman harian, aktiviti bermain dan interaksi bersama ibu bapa turut memainkan peranan dalam menyokong perkembangan mereka.
Perkara ini menjadi fokus Wyeth Nutrition, yang telah menjalankan lebih 50 tahun penyelidikan berkaitan perkembangan otak dan peranan nutrisi dalam menyokongnya. Berlandaskan kepakaran ini, S-26 GOLD PROGRESS membawa sains perkembangan otak lebih dekat kepada ibu bapa.
Kenapa 1,000 hari pertama penting?

Dr Ryan Ng, Consultant Paediatrician at 123 Child Specialist Clinic
Menurut Dr Ryan Ng, Consultant Paediatrician dari 123 Child Specialist Clinic, tahun-tahun awal kehidupan merupakan antara tempoh penting dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau menjelaskan bahawa dalam 1,000 hari pertama khususnya, otak berkembang dengan begitu pantas.
Menariknya, perkembangan otak tidak semestinya bergantung kepada pencapaian besar sahaja.
Aktiviti mudah seperti bercakap dengan anak, membaca buku, bermain dan meneroka bersama juga boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman yang menyokong pembentukan serta pengukuhan sambungan otak.
Jadi, ibu bapa tidak semestinya perlu mencari aktiviti yang rumit atau mahal. Perkara kecil yang dilakukan secara konsisten dalam rutin harian juga boleh menjadi peluang untuk anak belajar dan berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka.
Pada masa yang sama, pemakanan yang sesuai, tidur yang mencukupi dan persekitaran yang positif turut memainkan peranan dalam menyokong pertumbuhan serta perkembangan kanak-kanak.
Bagaimana brain connections membantu kanak-kanak belajar?
Sepanjang perkembangan otak kanak-kanak, banyak sambungan terbentuk antara sel-sel otak. Sambungan ini membentuk laluan yang membantu anak menerima, memproses dan memberi tindak balas terhadap maklumat.
Dalam proses yang dikenali sebagai myelination, lapisan myelin terbentuk di sekeliling serabut saraf dan membantu penghantaran isyarat antara sel-sel otak berlaku dengan lebih pantas dan efisien.
Proses ini berkait rapat dengan kemahiran yang digunakan oleh anak setiap hari seperti memberi perhatian, mengingati sesuatu, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan situasi baharu.
Sebab itu, pengalaman harian anak sebenarnya mempunyai nilai yang lebih besar daripada sekadar mengisi masa lapang.
Apabila anda membaca buku bersama anak, bertanya soalan ketika berjalan-jalan atau bermain permainan yang memerlukan mereka berfikir, anak mendapat peluang untuk meneroka, belajar dan berinteraksi.

Nutrisi juga sebahagian daripada perkembangan otak
Selain rangsangan dan interaksi harian, nutrisi merupakan antara faktor yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Dalam penyelidikan berkaitan perkembangan otak, Sphingomyelin dan DHA merupakan antara nutrien yang dikaji kerana peranannya dalam menyokong perkembangan otak.
Sphingomyelin merupakan salah satu komponen penting myelin, iaitu lapisan pelindung di sekeliling serabut saraf yang membantu penghantaran isyarat antara sel-sel otak.
DHA pula ialah sejenis asid lemak omega-3 dan nutrien penting untuk perkembangan otak.
S-26 GOLD PROGRESS mengandungi Sphingomyelin dan DHA, iaitu nutrien yang sering dibincangkan dalam konteks perkembangan otak kanak-kanak.
Walaupun tiada satu faktor sahaja yang menentukan perkembangan seseorang kanak-kanak, pemakanan yang sesuai bersama pengalaman pembelajaran dan interaksi positif boleh menjadi sebahagian daripada asas yang menyokong pertumbuhan serta perkembangan mereka.

S-26 GOLD PROGRESS bawa brain science lebih dekat dengan ibu bapa
Bagi membantu ibu bapa memahami perkara ini dengan lebih mudah, S-26 GOLD PROGRESS baru-baru ini membawa pengalaman berkaitan sains otak menerusi aktivasi di TCE Baby Expo.
Antara tarikan utama ialah S-26 GOLD PROGRESS Brain Visualiser, pengalaman interaktif yang direka untuk membantu ibu bapa memahami konsep sambungan otak dan kaitannya dengan proses pembelajaran serta perkembangan anak.
Menerusi simulasi visual dan beberapa permainan, ibu bapa berpeluang melihat bagaimana aktiviti dan interaksi boleh diterangkan dari perspektif perkembangan otak.
Bagi perkara yang mungkin kedengaran kompleks seperti brain connections dan myelination, pendekatan visual seperti ini boleh menjadikannya lebih mudah untuk difahami.
Aktivasi tersebut turut menampilkan sesi perkongsian bersama Dr Ryan Ng serta perbualan bersama momfluencers Karen Kho dan Yee Fei yang berkongsi pengalaman mereka mengharungi cabaran sebagai ibu bapa.
Perkongsian ini mengingatkan ibu bapa bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keunikan dan perkembangan tersendiri. Apa yang penting ialah menyediakan persekitaran yang menyokong mereka untuk belajar, bermain dan meneroka mengikut kemampuan masing-masing.
Tak perlu tunggu anak besar untuk sokong perkembangan mereka
Perkembangan otak kanak-kanak merupakan proses yang berlaku secara berperingkat dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Daripada berbual dan membaca bersama sehinggalah menyediakan pemakanan yang sesuai, rutin harian yang nampak biasa sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan pembelajaran kanak-kanak.
Jadi, daripada terlalu memikirkan sama ada kanak-kanak sudah mencapai sesuatu pencapaian berbanding kanak-kanak lain, ibu bapa boleh memberi perhatian kepada pengalaman yang diberikan kepada mereka setiap hari.
Dengan memahami bagaimana otak berhubung, nutrisi dan pengalaman harian berkait dengan perkembangan anak, ibu bapa boleh membuat pilihan yang lebih bermaklumat untuk menyokong pertumbuhan mereka.
Ibu bapa di Malaysia juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai S-26 GOLD PROGRESS dan pemakanan awal kanak-kanak di ParenTeam Malaysia.

