Euforia Bola 2026
Famili

Tular Video Pakcik Tua Ditolak Sampai Jatuh Sebab Usap Kepala Budak, Polis Siasat Lelaki 40 Tahun

WARGA EMAS

Tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki warga emas terjatuh selepas didakwa ditolak seorang lelaki usia 40-an di sebuah medan selera di Singapura.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas warga emas berkenaan mengusap kepala seorang kanak-kanak ketika berjalan melepasi meja tempat kanak-kanak tersebut bersama keluarganya.

Baca juga: “Hanya Tunggu Panggilan Ke Tanah Suci”– Penjaga Kunci Air Maut Tudung Terbelit, Suami Terkilan Tak Sempat Jumpa

WARGA EMAS DITOLAK, TULAR VIDEO USAP KEPALA KANAK-KANAK

WARGA EMAS

Hantaran berhubung kejadian itu dikongsikan oleh anak kepada warga emas terbabit bagi mendapatkan bantuan orang ramai untuk mengenal pasti lelaki yang didakwa mencederakan bapanya.

Menurutnya, bapanya yang berusia lebih 70 tahun mempunyai sejarah kecederaan pada bahagian kaki dan pinggul serta dilihat berjalan dalam keadaan kurang stabil dengan menggunakan meja di sekeliling sebagai sokongan.

Dalam rakaman berkenaan, warga emas itu dilihat menghampiri meja sebelum menyentuh kepala kanak-kanak tersebut.

Perbuatan itu kemudian dipercayai menyebabkan bapa kanak-kanak berkenaan berang sebelum menghampiri warga emas terbabit.

Selepas berlaku pertikaian antara kedua-dua lelaki, warga emas tersebut dilihat terjatuh ke lantai selepas lelaki berkenaan bertindak secara fizikal terhadapnya.

Ahli keluarga yang berada berhampiran segera datang membantu warga emas itu bangun. Menurut anak mangsa, keluarga mereka pada ketika itu berasa marah dan mahu berdepan dengan lelaki terbabit. Namun, bapanya meminta mereka bertenang dan tidak mahu perkara tersebut dipanjangkan.

Polis Singapura sahkan siasatan

WARGA EMAS

Susulan rakaman tersebut yang tersebar luas, polis Singapura mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian berkenaan.

Polis memaklumkan mereka sudah mengenal pasti seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.

Dalam satu kenyataan, polis turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian atau keadaan yang membawa kepada insiden itu.

Orang ramai sebaliknya diminta memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan menentukan fakta sebenar berhubung kejadian.

Sementara itu, anak warga emas terbabit mendakwa bapanya mengalami sakit belakang yang teruk selepas kejadian. Dia turut menjelaskan bahawa lelaki berkenaan kemudiannya dikatakan duduk bersama bapanya, meminta maaf dan menawarkan minuman.

Walaupun permohonan maaf itu dihargai, anak mangsa berkata ia tidak dapat menghilangkan kesakitan serta kecederaan yang dialami bapanya.

Dalam perkembangan sama, warga emas tersebut memberitahu media tempatan bahawa dia menyentuh kepala kanak-kanak berkenaan kerana menganggapnya comel.

Dia turut memaklumkan kesakitan mula dirasai beberapa jam selepas terjatuh dan mengambil Panadol untuk mengurangkan rasa sakit.

Kes tersebut kini dalam siasatan polis, manakala orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kesimpulan sebelum siasatan selesai.

Baca juga: “Ini Perjuangan Terakhir Kami”– Selepas 22 Tahun Menanti, Pasangan Ini Akhirnya Timang Bayi Kembar

Sumber: BBC & Instagram Being1ton

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×