Euforia Bola 2026
Rakyat

Anak-Anak Sila ‘Roger’ Mak Ayah Umur 60+, Ini 11 Bantuan & Diskaun Yang Mereka Layak Dapat!

warga emas

Ramai yang tidak menyedari bahawa warga emas di Malaysia sebenarnya menikmati pelbagai kemudahan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa, sihat dan sejahtera.

Baca juga: Ibu & 2 Anak Perempuan Ditemui Ma*t Dalam Bilik Rumah, Polis Siasat Punca Kematian

11 BANTUAN DAN DISKAUN UNTUK WARGA EMAS YANG BOLEH DIMOHON

Bagi individu yang berusia 60 tahun ke atas, terdapat pelbagai manfaat seperti diskaun pengangkutan awam, pembaharuan pasport, perkhidmatan kesihatan, bantuan kebajikan serta pelbagai kemudahan lain yang boleh dimanfaatkan.

Berikut antara keistimewaan yang boleh dinikmati oleh warga emas di Malaysia.

1. Diskaun 50% Pembaharuan Pasport

Warga emas menikmati kadar bayaran lebih rendah untuk pembaharuan Pasport Antarabangsa Malaysia.

Kadar bayaran adalah seperti berikut:

  • RM100 bagi pasport sah laku lima tahun (harga biasa RM200)
  • RM175 bagi pasport sah laku 10 tahun (harga biasa RM350)

Maklumat lanjut boleh layari Jabatan Imigresen Malaysia 

2. Kad Konsesi Rapid Emas

Warga emas boleh memohon Kad Rapid Emas bagi menikmati diskaun 50% tambang pengangkutan awam termasuk:

  • LRT
  • MRT
  • Monorel
  • BRT
  • Bas Rapid KL
  • Bas Pengantara MRT

Yuran permohonan kali pertama ialah RM15, termasuk kad dan kredit bernilai RM10.

Maklumat lanjut boleh layari MyRapid 

3. Diskaun 50% Tiket KTMB

Selepas mendaftar sebagai ahli KTMB, warga emas layak menikmati diskaun 50% bagi perkhidmatan:

  • KTM Komuter
  • ETS
  • Perkhidmatan tren antara bandar terpilih

Namun, diskaun mungkin tidak terpakai bagi tempat duduk kelas premium bergantung kepada syarat yang ditetapkan.

Maklumat lanjut boleh layari KTMB

4. Bantuan Warga Emas (BWE)

Warga emas yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon Bantuan Warga Emas (BWE) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan ini bertujuan membantu golongan warga emas yang memerlukan sokongan kewangan untuk meneruskan kehidupan harian.

Maklumat lanjut boleh layari JKM 

5. Pusat Jagaan Warga Emas

Kerajaan turut menyediakan pusat jagaan bagi warga emas yang memerlukan penjagaan harian atau jangka panjang.

Kebiasaannya kemasukan diberikan kepada mereka yang:

  • Tiada waris
  • Tiada pendapatan
  • Tiada tempat tinggal tetap

Maklumat lanjut boleh layari MyGovernment

6. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

PAWE diwujudkan bagi memastikan warga emas terus aktif dari segi fizikal, mental dan sosial.

Antara aktiviti yang disediakan ialah:

  • Aktiviti keagamaan
  • Senaman dan rekreasi
  • Terapi serta pemulihan
  • Seminar kesihatan
  • Kursus kemahiran

Maklumat lanjut boleh layari JKM 

7. Layanan Keutamaan Di Jabatan Kerajaan

Banyak agensi kerajaan menyediakan laluan atau kaunter khas bagi memudahkan urusan warga emas.

Antaranya ialah:

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Pos Malaysia

Kemudahan ini membantu mengurangkan tempoh menunggu ketika berurusan.

8. Perkhidmatan Kesihatan Di Klinik Kesihatan

Klinik Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyediakan perkhidmatan khusus kepada warga emas seperti:

  • Pemeriksaan kesihatan
  • Rawatan penyakit
  • Saringan awal penyakit
  • Kaunseling kesihatan
  • Rujukan ke hospital
  • Lawatan ke rumah atau institusi warga emas

Maklumat lanjut boleh layari MyGovernment 

9. Pengangkutan Percuma UPWE

Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma kepada warga emas yang tidak mempunyai kenderaan atau ahli keluarga untuk menghantar mereka mendapatkan rawatan.

Permohonan boleh dibuat melalui PAWE atau rumah kebajikan berhampiran.

Maklumat lanjut boleh layari MyGovernment 

10. Diskaun Tiket Tempat Tarikan

Banyak destinasi pelancongan di Malaysia menawarkan harga tiket istimewa kepada warga emas, antaranya:

  • Muzium
  • Zoo
  • Taman tema
  • Pusat Sains Negara
  • Genting SkyWorlds

Kadar diskaun adalah berbeza mengikut lokasi, justeru pengunjung disarankan menyemak laman web rasmi atau bertanya di kaunter sebelum membuat pembelian tiket.

11. Portal eWARGA EMAS

Portal eWARGA EMAS menyediakan pelbagai maklumat dan kemudahan secara dalam talian seperti:

  • Peluang pekerjaan
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Maklumat hak dan kebajikan warga emas
  • Program komuniti
  • Sokongan kepada warga emas

Maklumat lanjut boleh layari JKM 

Manfaatkan Kemudahan Yang Disediakan

warga emas

Foto: Gemini AI

Pelbagai inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga emas terus terpelihara. Jika anda atau ahli keluarga telah berusia 60 tahun ke atas, pastikan semua kemudahan yang disediakan ini dimanfaatkan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup serta meningkatkan kualiti kehidupan.

Baca juga: Ketahui Jenis Cuaca Ikut 3 Musim Ini Di Makkah, Persediaan Jemaah Sebelum Berangkat Agar Lancar Masa Beribadah

Sumber: Ecentral, JKM, MyGovernment, KTMB, MyRapid dan Jabatan Imigresen Malaysia

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×