Euforia Bola 2026
Rakyat

RM400 BUDI, PLKN Siri 4 & Banyak Lagi… Ini 10 Bantuan Kerajaan & Pengumuman Penting Setakat Minggu Ini!

bantuan kerajaan

Pelbagai bantuan kerajaan dan pengumuman penting dibuat sepanjang minggu ini, termasuk bantuan tunai, inisiatif untuk ibu bekerja, skim perumahan, peluang pekerjaan serta semakan pelatih PLKN.

Bagi yang mungkin terlepas pandang, beberapa permohonan dan semakan juga sudah dibuka, manakala sebahagian lagi mempunyai tarikh tutup dalam masa terdekat. Berikut 10 pengumuman yang dikongsikan untuk rujukan orang ramai setakat 10 Ogos 2026.

Baca juga: Jangan Kalut Dulu.. Tiada Operasi Khas Wajibkan Rakyat Tukar Alamat MyKad, JPN Nafi Kenakan Tindakan!

SENARAI BANTUAN KERAJAAN / PENGUMUMAN SETAKAT 10 OGOS 2026

1. Permohonan inisiatif RM1000 MamaKerja Selangor akan dibuka mulai 17 Ogos 2026

bantuan kerajaan

Melalui Program MamaKerja 2.0, inisiatif ini membantu meringankan kos penjagaan anak.

Di samping itu, memberi ruang kepada lebih ramai wanita untuk terus bekerja dengan lebih tenang tanpa mengabaikan kebajikan dan keselamatan anak-anak.

Kerajaan Negeri Selangor terus mengorak langkah ke hadapan dalam menjawab realiti kehidupan hari ini, dengan meneruskan inisiatif MamaKerja sebagai inisiatif kepada ibu bekerja yang memerlukan sokongan penjagaan anak yang selamat dan berkualiti.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi NINE dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.

2. Semakan BKJ Fasa 4 (Rayuan & Permohonan Baru)

bantuan kerajaan

Semakan permohonan pendaftaran dan rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 2026 akan dibuka pada 08 Ogos 2026. Kepada semua pemohon boleh membuat semakan permohonan bermula pada tarikh tersebut.

  1. Layari portal rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor 2026 https://bkj.johor.gov.my
  2. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) anda.
  3. Lengkapkan pengesahan keselamatan (captcha) jika ada.
  4. Klik pada butang “Semak” untuk melihat status kelulusan permohonan atau rayuan anda.

3. Keputusan Permohonan dan Majlis Penyampaian Perumahan Kasih Johor Fasa 5

3 bantuan kerajaan

Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) telah mengumumkan senarai pemohon yang berjaya bagi Inisiatif Perumahan Kasih Johor Fasa 5.

1. Bantuan Beli Rumah Pertama (RM5,000):

2. Bantuan Masuk Rumah Pertama (RM2,000):

3. Bantuan Sewa Rumah (RM2,500):

Maklumat Majlis Penyampaian:

  • Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
  • Lokasi: Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru

Nota Penting Kehadiran:

  • Sila bawa Kad Pengenalan asal bagi tujuan pengesahan.
  • Sebarang wakil adalah tidak dibenarkan.

Maklumat Tambahan:

Pemakluman rasmi juga telah dihantar melalui emel ([email protected]). Sila semak emel masing-masing untuk maklumat lanjut.

Bagi pemohon yang tidak menerima sebarang pemakluman sebelum 15 Ogos 2026, status permohonan adalah masih dalam proses semakan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi PKPJ.

4. Jerebu Rentas Sempadan & Pengurusan Sekolah KPM

4 bantuan kerajaan

Keadaan jerebu rentas sempadan yang turut melibatkan kawasan di Malaysia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, khususnya berhubung risiko pendedahan anak-anak kepada udara yang tidak sihat.

Menurut Air Pollutant Index Management System, APIMS, Jabatan Alam Sekitar, setakat 10 Ogos 2026, terdapat beberapa kawasan menunjukkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 101-200, yang berada pada tahap tidak sihat, terutamanya di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, JPBN Sarawak memaklumkan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negeri tersebut berpunca daripada jerebu rentas sempadan, susulan pergerakan angin yang membawa asap daripada titik panas di wilayah berdekatan ke Sarawak.

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan langkah pengurusan sekolah semasa kejadian jerebu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.

IPU melebihi 100 – TIDAK SIHAT

  • Semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.
  • Aktiviti sukan, Pendidikan Jasmani, perhimpunan dan program luar hendaklah ditangguhkan.
  • Murid dinasihatkan memakai pelitup muka yang sesuai dan minum air dengan kerap.

IPU melebihi 200 – SANGAT TIDAK SIHAT

  • Sekolah hendaklah ditutup serta-merta.
  • Pihak sekolah hendaklah memaklumkan tindakan penutupan kepada PPD dan JPN.
  • Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut arahan serta ketetapan yang berkuat kuasa.

IPU melebihi 500 – BAHAYA

  • Sekolah ditutup sepenuhnya.
  • Guru dan kakitangan sekolah tidak perlu hadir ke sekolah.

5. Baju Uniform Sekolah NADI Kini Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Bayar Secara Ansuran

5 bantuan kerajaan

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan.

Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

  • Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
  • Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
  • Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Baca juga: Ramai Syukur Bil Hospital KKM Serendah RM1 & RM5, Rupanya Ada 5 Perkara Penting Yang Perlu Diambil Tahu

6. Semakan Pelatih PLKN Siri 4

6 bantuan kerajaan

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ingin memaklumkan bahawa, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 4 TAHUN 2026 akan diadakan bermula pada 3 OKTOBER 2026 sehingga 16 NOVEMBER 2026.

Sehubungan dengan itu, semakan kepada bakal pelatih (SIRI 4/2026) bagi daftar KELAHIRAN TAHUN 2008 boleh dilakukan bermula seperti ketetapan berikut:

Bagi memastikan proses kelancaran pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang TERPILIH selepas melakukan semakan perlu membuat PENGESAHAN KEHADIRAN melalui sistem ePLKN 3.0 selewat-lewatnya pada 18 SEPTEMBER 2026.

Bagi siri-siri latihan PLKN seterusnya pihak JLKN akan memaklumkan secara berperingkat kelak dan bakal pelatih diingatkan supaya sentiasa peka dengan pengumuman di saluran rasmi JLKN untuk menyemak sistem ePLKN dari masa ke semasa.

7. Bantuan Tunai Interim RM400 BUDI Agri-Komoditi Telah Dikreditkan

7 bantuan kerajaan

Bantuan tunai sebanyak RM400 (RM200 sedia ada dan RM200 secara interim) telah disalurkan bagi membantu meringankan kos dan menyokong kelangsungan petani dan pekebun kecil kepada mereka yang layak.

Bantuan ini disalurkan kepada penerima Budi Agri-Komoditi di seluruh negara. Semak akaun anda hari ini!

8. Permohonan Guru MARA Dibuka Sehingga 21 Ogos

8 bantuan kerajaan

Berminat nak jadi guru MARA? Peluang kerjaya bersama MARA kini dibuka!

Permohonan bagi mengisi jawatan guru dan pensyarah MARA kini dibuka. Kelayakan minimum layak memohon ialah Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bertepatan dengan subjek yang dimohon.

Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM, TVETMARA, Kolej MARA, dan Kolej Profesional MARA. Tarik tutup permohonan 21 Ogos 2026.

9. JKM Perkenal Portal e-Warga Emas

9 bantuan kerajaan

Portal e-Warga Emas menyediakan akses kepada maklumat, hebahan, perkhidmatan komuniti, peluang pembelajaran sepanjang hayat dan pelbagai kemudahan lain yang menyokong kesejahteraan warga emas.

Jika anda merupakan:

  • Warga emas
  • Ahli keluarga atau waris
  • Penjaga
  • Penyedia perkhidmatan warga emas

Daftarlah hari ini bagi mendapatkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan yang lebih menyeluruh. Imbas kod QR pada poster atau layari portal https://wargaemas.jkm.gov.my/ untuk membuat pendaftaran.

Bersama-sama kita memperluas akses maklumat dan memperkukuh kesejahteraan warga emas.

10. JKM Senaraikan 70 Keistimewaan OKU yang ramai tak tahu

10 bantuan kerajaan

Banyak insiatif, subsidi dan bantuan untuk individu OKU fizikal, anak autisme, ADHD, Sindrom Down dan lain-lain. Boleh rujuk senarai penuh di sini https://ecentral.my/manfaat-untuk-anak-disleksia-autisme…/

Sumber: e-Central

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×