Euforia Bola 2026
Famili

Bermula Dengan Perselisihan Faham, Bapa 63 Tahun Cedera Selepas Ditend*ng Anak Kandung!

warga emas

Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemui terbaring di halaman rumahnya selepas dipercayai menjadi mangsa kekerasan anak kandung sendiri dalam kejadian di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Mangsa, Suyanto, dilapor mengalami kecederaan selepas terlibat dalam pertengkaran dengan anaknya, Budi Gunawan.

Baca juga: Waris Pesara Kerajaan Boleh Tuntut RM3,000 Selepas Kematian, Ini Cara Mohon Bantuan Mengurus Jenazah

WARGA EMAS TERBARING, ANAK SENDIRI TENDANG

WARGA EMAS

Kejadian berlaku pada pagi Rabu, 23 September 2026 di Jalan Budi Luhur, Lingkungan XIV, Kelurahan Sei Sikambing C II, Kecamatan Medan Helvetia, Kota Medan.

Menurut Ketua Lingkungan XIV, M Riski Ramon, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan sebelum bersama pihak polis pergi ke lokasi untuk mendapatkan keterangan daripada keluarga.

Ramon berkata, pertengkaran antara Suyanto dan anaknya dipercayai berpunca daripada masalah dalaman keluarga. Perselisihan faham yang berlaku antara kedua-duanya kemudian menjadi semakin tegang sehingga tercetus pergelutan fizikal.

Dalam kejadian itu, Budi dipercayai menendang bapanya sehingga Suyanto terjatuh dan mengalami kecederaan.

Tidak sedarkan diri selepas ditendang

WARGA EMAS

Suyanto juga dilapor sempat tidak sedarkan diri selepas ditendang. Hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami sakit pada bahagian dagu selain giginya tercabut.

Menurut keterangan yang diperoleh daripada keluarga dan penduduk sekitar, hubungan antara Suyanto dan anaknya itu sebelum ini juga sering diwarnai pertengkaran.

Ramon berkata, keadaan tersebut dipercayai berpunca daripada masalah dalam keluarga yang menyebabkan perselisihan antara kedua-duanya berulang.

Selepas kejadian, Budi dilaporkan meninggalkan rumah dan tidak berada di lokasi ketika pihak berkuasa serta pihak lingkungan datang melakukan pemeriksaan.

Kes berkenaan kemudiannya mendapat perhatian selepas rakaman kejadian yang menunjukkan Suyanto terbaring di hadapan rumah tersebar di media sosial.

Baca juga: “Dia Tetap Khalisa Yang Sama” – Azmi Saat Kongsi Anak Disahkan Autisme, Akui Air Mata Mengalir..

Sumber: DetikNews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×