Euforia Bola 2026
Famili

20 ‘Meow-Del’ Berentap Di Purina Felix Cat Fashion Week, Hanya 6 Si Comel Bakal Mara Ke Pentas Akhir!

PURINA FELIX

Gelagat si bulus kembali mencuri perhatian apabila Purina Felix Cat Fashion Week memasuki musim kedua dengan penampilan 20 pasangan kucing dan pemilik yang berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir.

Mengangkat tagline “Meow Menggoda, Comel Berganda,” kesemua peserta kini perlu memberikan yang terbaik bagi memastikan mereka menjadi antara enam pasangan yang bakal mara ke pentas akhir dan seterusnya bersaing untuk merebut gelaran Juara Purina Felix Cat Fashion Week.

Baca juga: Baru 15 Tahun, Anak Sharifah Sofia Cipta Kejutan! Juara Ragbi, Raih Emas SUKMA Bawah 21 Tahun

PURINA FELIX CAT FASHION WEEK MUSIM KEDUA

PURINA FELIX

Pada peringkat ini, setiap pasangan hadir dengan gaya tersendiri menerusi pemilihan pakaian, aksesori dan tema yang bersesuaian dengan karakter si bulus masing-masing.

Lebih menarik, 20 meow-del yang bertanding hadir daripada pelbagai baka dan latar, termasuk British Shorthair, American Longhair, Domestic Shorthair, Persian Mix, Maine Coon, Himalayan Persian, Tuxedo, Ragdoll, Semi Flat Face serta kucing kampung.

Ada yang tampil comel dan bersahaja, tidak kurang juga yang memilih gaya elegan, unik malah menghiburkan. Namun, bukan penampilan semata-mata yang menjadi ukuran.

Keserasian antara kucing dan pemilik, kreativiti, personaliti serta kebolehan pemilik mengetengahkan keistimewaan kucing masing-masing turut diambil kira dalam penilaian.

Bagi memilih enam pasangan terbaik untuk ke pentas akhir, mereka dinilai oleh tiga juri iaitu Dr. Ima (Dr. Salehahtul Khuzaimah), doktor veterinar yang mempunyai kepakaran dalam penjagaan haiwan peliharaan kecil dan eksotik, Yuen Wai, wakil daripada The Federation International Feline (FIFe), serta Mark Adam penyanyi, pelakon dan pencinta kucing.

PURINA FELIX

Menurut Dr. Ima, pemilik perlu memastikan kreativiti yang ditampilkan tidak mengabaikan keselesaan kucing.

“Saya suka melihat kreativiti setiap peserta, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu pastikan kucing berada dalam keadaan selesa dan tidak tertekan. Gaya yang cantik akan menjadi lebih bermakna apabila pemilik benar-benar memahami keperluan kucing mereka,” katanya.

Bagi Yuen Wai pula, hubungan antara kucing dan pemilik menjadi antara perkara yang menarik perhatiannya selain aspek penjagaan dan perapian.

Felix sebagai penaja utama

Purina Felix Cat Fashion Week dibawakan oleh Felix sebagai penaja utama dan Meow Meow sebagai penaja bersama.

Enam pasangan bakal dipilih untuk meneruskan saingan ke pentas akhir! Jangan lepaskan aksi mereka di platform digital sebelum menyaksikan kemeriahan pertandingan ini di kaca televisyen seperti berikut:

Purina Felix

Purina Felix

Jadi, daripada 20 pasangan yang kini berada di peringkat Separuh Akhir, siapakah yang akan berjaya mencuri perhatian juri dan mengisi enam slot ke pentas akhir?

Senarai 20 pasangan Separuh Akhir:

  • Zandra Evans & Jannah
  • Iffah Zahirah & Labu
  • Norazizah Binti Abu Kasim & Lolalisa Braveheart
  • Aiman Syazani & Seri Embun
  • Muhammad Azeem Abd Aziz & Hugo
  • Aidil Jalil & Sashimi Aryan Braveheart
  • Noorlida Binti Abdul Rahman & Baim
  • Kanmani A/P Adimoolom & Tony
  • Siti Nur Sollehhah Mokhtar & Chiro
  • Marliana Binti Mohd Zulkifli & Sabo D Alfonso
  • Syazreen Irwina & Micco Al Farsy
  • Nazzatul Farahidayah Mohd Nazziri & Rosemary Tomato
  • Shaikh Mansoor & Leve Palestina
  • Nurul Anis Aniza & Violet
  • Fara Juliana & Mochi
  • Liyana Roseli & Atan
  • Nurliyana Zahari & YenYen
  • Nur Diyana Ruslan & Abu Tausi
  • Ahmad Fazwan & Athithy Amora
  • Tuan Mochtar & Smol

Untuk mengetahui perkembangan terkini Purina Felix Cat Fashion Week, ikuti laman media sosial rasmi  @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×