Satu video memaparkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bersama keluarga ketika mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) mencuri perhatian warganet di media sosial.
Bukan sahaja aksi Raja Azlan Muzzaffar Shah yang berani memegang ular menjadi perhatian, malah ucapan bersahaja Sultan Perak dalam video tersebut turut mengundang reaksi ramai.
Baca juga: Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Cara Defrost Ayam Frozen Dalam 10 Minit! Hanya Perlukan 1 Bahan
LOGHAT SULTAN NAZRIN DI MAHA CURI PERHATIAN

“Ce ambik gambo,” katanya bersahaja.
Penggunaan dialek Perak yang begitu bersahaja itu membuatkan ramai warganet terhibur, malah ada yang menyifatkan loghat Tuanku kedengaran begitu pekat.
Dalam video yang dikongsikan pengguna Threads, Ridhuan1997, Raja Azlan Muzzaffar Shah dilihat tampil tenang ketika memegang seekor ular dalam satu aktiviti di MAHA.
Menurut perkongsian tersebut, pengalaman berkenaan memperlihatkan keberanian serta rasa ingin tahu Raja Azlan untuk mencuba sesuatu yang mungkin mencabar bagi sesetengah orang.
“Berani bukan sekadar pada kata-kata. Raja Azlan Muzzaffar Shah tampil tenang dan berani memegang ular, satu pengalaman yang cukup mencabar! Keberanian, ketenangan dan rasa ingin tahu menjadi kenangan yang pasti tidak dilupakan,” tulis pengguna media sosial.

Pekat Bahasa Perak Tuanku
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian warganet ialah cara Sultan Perak bertutur dalam video tersebut.
Momen seperti ini juga memperlihatkan sisi santai keluarga diraja ketika meluangkan masa bersama di acara terbuka yang turut dikunjungi orang ramai.
Kehadiran keluarga diraja Perak di MAHA sememangnya menjadi antara momen yang menarik perhatian, lebih-lebih lagi apabila aktiviti dan perbualan spontan mereka berjaya dirakam untuk dikongsikan di media sosial.
Dalam video berkenaan, aksi Raja Azlan yang berani mendekati ular serta penggunaan loghat Perak oleh Sultan Nazrin menjadi antara perkara yang paling mencuri tumpuan warganet.
View on Threads
Baca juga: Bapa Nak Nama Lain, Ibu Pula Dah Berkenan Nama Sendiri… Dalam Islam Siapa Berhak Tentukan?
Sumber: Threads Muhd Ridhuan
