Euforia Bola 2026
Didik

Yuran RM100 Sahaja, 132 Kelas Baharu Tabika Tunas Istimewa Bakal Dibuka Menjelang 2027

tabika tunas istimewa

Kerajaan akan membuka sebanyak 132 kelas baharu Tabika Tunas Istimewa di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjelang tahun 2027 bagi memperluaskan akses pendidikan awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh negara.

Inisiatif itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Baca juga: Sedang TTC? Ramai Percaya Habbatussauda Boleh Bantu Kesuburan, Ini Kata Pakar

TABIKA TUNAS ISTIMEWA BUKA 132 KELAS BAHARU MENJELANG 2027

tabika tunas istimewa

Foto: Gemini AI

Menurut Ahmad Zahid, daripada hanya 19 kelas Tabika Tunas Istimewa yang sedang beroperasi ketika ini, KEMAS akan menambah sehingga 132 kelas baharu menerusi pembukaan kelas serta kerja-kerja baik pulih bangunan sedia ada.

Malah, sasaran kerajaan adalah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu Tabika Tunas Istimewa di setiap daerah menjelang tahun 2027.

Beliau menjelaskan bahawa langkah tersebut bertujuan memastikan lebih ramai kanak-kanak berkeperluan khas, khususnya di kawasan luar bandar, dapat menikmati pendidikan awal yang sesuai dengan keperluan mereka.

Yuran Hanya RM100 Sebulan

tabika tunas istimewa

Foto: Gemini AI

Dalam masa sama, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa yuran Tabika Tunas Istimewa ditetapkan pada kadar RM100, sekali gus memastikan perkhidmatan pendidikan awal ini kekal mampu diakses oleh keluarga.

Menurut beliau, kadar yuran yang rendah diharap dapat mengurangkan beban ibu bapa sambil memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak berkeperluan khas mengikuti pendidikan awal dalam persekitaran yang kondusif.

Komitmen Kerajaan Perluaskan Akses Pendidikan Awal

Beliau turut menjelaskan bahawa peluasan Tabika Tunas Istimewa merupakan antara keputusan yang dicapai menerusi siri pemukiman, bengkel dan sesi libat urus KKDW.

Pendekatan tersebut bertujuan memastikan setiap cadangan dan idea yang dibincangkan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Selain memperkukuhkan akses pendidikan awal, KKDW turut memberi penekanan kepada pendekatan “engagement before decision“, iaitu mendapatkan pandangan masyarakat, memahami keperluan mereka serta menyelesaikan isu terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Menurut Ahmad Zahid, pendekatan ini penting bagi memastikan setiap dasar dan program yang dilaksanakan benar-benar memenuhi keperluan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar.

Beliau turut menegaskan bahawa kementerian akan terus mencari inisiatif atau game changer yang mampu membuka lebih banyak peluang, meningkatkan pendapatan serta membawa perubahan positif kepada komuniti desa.

Dengan penambahan 132 kelas baharu menjelang 2027, lebih ramai kanak-kanak berkeperluan khas dijangka berpeluang mengikuti pendidikan awal yang berkualiti pada kos yang mampu ditanggung oleh keluarga, sekali gus menyokong usaha kerajaan mewujudkan akses pendidikan yang lebih inklusif di seluruh negara.

Baca juga: Tular Kanak-Kanak Kaki Kudis & Tangan Bernanah Tidur Di Menara Tinjau Pantai Batu Burok, Kini Di Bawah Jagaan JKM

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×