Euforia Bola 2026
Asuh

Tular Kanak-Kanak Kaki Kudis & Tangan Bernanah Tidur Di Menara Tinjau Pantai Batu Burok, Kini Di Bawah Jagaan JKM

menara tinjau

Tular di media sosial kisah seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa bermalam di tingkat dua menara tinjau di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga mengundang rasa simpati orang ramai.

Baca juga: “Pegang Kuat Kuat Sayang..”- Tok Ti Setia Teman Aafiyah Di Hari Kantin Sekolah, Sikap ‘Supportive’ Raih Pujian Netizen

TIDUR DI MENARA TINJAU, KANAK KANAK DISELAMATKAN OLEH JKM

menara tinjau

Foto: Viral Media Terengganu

Menerusi perkongsian itu, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan menyedihkan dengan kesan kudis pada kaki, luka bernanah di tangan serta dipercayai kelaparan.

Individu berkenaan turut merayu orang ramai menggunakan kuasa media sosial bagi membantu mendapatkan rawatan dan tempat tinggal yang lebih selamat untuk kanak-kanak itu.

Ditemui Merayau Di Pasar Raya

menara tinjau

Foto: Polis Diraja Malaysia

Perkembangan terbaharu menyaksikan kanak-kanak lelaki itu berjaya ditemui selepas dipercayai keluar dari menara tinjau untuk mencari makanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut ditemui sedang merayau di sebuah pasar raya sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu, pihak polis telah melakukan pencarian di menara tinjau selepas menerima maklumat daripada orang awam, namun hanya menemui tilam yang dipercayai digunakan sebagai tempat tidur kanak-kanak berkenaan.

Polis turut mengarahkan pegawai dan anggota termasuk Unit Kereta Peronda (MPV) menjalankan pemantauan di beberapa lokasi seperti kedai makan dan kawasan sekitar bagi mengesan kanak-kanak itu.

Keadaan Kanak-Kanak Tersebut Undang Simpati

Dalam hantaran yang tular di Facebook, individu yang menemui kanak-kanak tersebut memaklumkan bahawa mereka terserempak dengannya ketika menyertai program RXZ Members di Terengganu.

Menurut perkongsian itu, kanak-kanak berkenaan dipercayai tinggal bersendirian di atas menara tinjau dan berada dalam keadaan yang amat menyedihkan iaitu kaki mengalami kudis yang teruk, tangan bernanah dan memerlukan rawatan, kelaparan dan tidur hanya beralaskan tilam.

Mereka turut merayu agar orang ramai menggunakan kuasa media sosial bagi membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa supaya kanak-kanak itu dapat menerima rawatan serta perlindungan yang sewajarnya.

Kini Di Bawah Jagaan JKM

Dengan penemuan kanak-kanak itu, kes tersebut kini berada di bawah pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan keperluannya diberi perhatian mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ramai netizen melahirkan rasa syukur apabila kanak-kanak tersebut akhirnya berjaya ditemui dan berharap dia mendapat perlindungan, rawatan serta kehidupan yang lebih baik selepas ini.

Baca juga: Tak Main-Main! Indonesia Padam 5 Juta Akaun Platform Digital Kanak-Kanak, Lindungi Generasi Muda

Sumber: Harian Metro dan Facebook Viral Media Terengganu 

FT Image: Facebook Viral Media Terengganu 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×