Euforia Bola 2026
Famili

Tiga Beradik Perlukan Bantuan, JKM Rayu Waris Tampil Selepas 3 Tahun Di Bawah Perlindungan

IBU KANDUNG

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan ibu kandung atau waris kepada tiga orang kanak-kanak yang kini memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Julai 2026.

Baca juga: Sirap Limau Lancar Kempen Pentas Little Star, Platform Kanak-Kanak Serlahkan Bakat & Keyakinan Diri!

JKM CARI IBU KANDUNG TIGA ORANG KANAK-KANAK

IBU KANDUNG

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, tiga kanak-kanak tersebut merupakan adik-beradik iaitu Ian Eusoff bin Abdullah, 9 tahun, Imaan Eisabella binti Abdullah, 8 tahun, serta Qaseh Maryam Inara binti Abdul Rahman, 5 tahun.

Menurut JKM, pihaknya menerima rujukan kes berkenaan daripada pengasuh selepas ibu kandung kanak-kanak berkenaan didapati keberatan untuk menjalankan tanggungjawab pemeliharaan dan perlindungan.

Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut telah ditempatkan di institusi JKM sejak tahun 2023 bagi tujuan perlindungan dan kebajikan mereka.

JKM memaklumkan, memandangkan kanak-kanak berkenaan masih memerlukan pemeliharaan serta perlindungan di bawah Seksyen 17(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001, mereka telah ditempatkan di tempat selamat di bawah Seksyen 19(2) akta sama.

Penempatan tersebut berkuat kuasa mulai 2 Julai 2026 hingga 20 Ogos 2026 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Pelindung.

Selain itu, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur turut membenarkan usaha mencari ibu kandung atau waris kanak-kanak melalui media sosial berdasarkan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai diminta bantu hubungi JKM

IBU KANDUNG

Sehubungan itu, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memohon kerjasama ibu kandung atau waris kanak-kanak berkenaan untuk tampil bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat berkaitan keluarga serta membuat keputusan terbaik demi kebajikan mereka.

Ibu kandung atau waris yang mempunyai maklumat boleh hadir ke:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aras 18, Menara Teo Chew,
No. 1, Jalan Lumut, Pekeliling,
50400 Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat juga boleh disalurkan kepada Pelindung kes, Encik Shukor Salleh bin Laslile melalui talian 03-4010 4152 atau e-mel ([email protected].)

JKM berharap usaha ini dapat membantu menemukan waris yang berkaitan agar proses penilaian penempatan serta kebajikan tiga kanak-kanak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Baca juga: “Akak Tolong Saya…”- Jururawat Kongsi Kisah Jaga Pesakit Susuk, Terlantar 3 Bulan Sebelum Meninggal

Sumber: JKM KUALA LUMPUR

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×