Euforia Bola 2026
Didik

Tewaskan 71 SBP Lain! Sekolah Sultan Alam Shah Dinobatkan ‘SBP Terbaik Keseluruhan 2025’

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Keseluruhan 2025 selepas mencatatkan pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang.

Pengiktirafan itu diumumkan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh menerusi satu perkongsian di Facebook baru-baru ini.

Baca juga: Kembar Empat, ‘Course’ Pun Sama! 4 Beradik Ini Daftar UTHM Serentak, Pilih Bidang Pengurusan Hartanah

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH RAIH ANUGERAH

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

Anugerah berkenaan merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada sekolah yang menunjukkan kecemerlangan secara menyeluruh, bukan sahaja dari aspek akademik, malah melibatkan pengurusan sekolah, kokurikulum dan pembangunan murid.

Bagi merebut gelaran tersebut, sebanyak 72 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mengambil bahagian dengan setiap sekolah dinilai berdasarkan beberapa aspek utama.

Antara aspek yang diberi perhatian termasuk pengurusan dan kepimpinan sekolah, pencapaian kurikulum, kecemerlangan kokurikulum serta pembangunan sahsiah dan aspek pendidikan lain.

Dalam pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SAS menerima Anugerah Cemerlang sebagai pengiktirafan terhadap prestasi yang dicapai dalam bidang akademik.

Sekolah berkenaan turut menerima Anugerah Cemerlang bagi pencapaian dalam bidang kokurikulum, sekali gus memperlihatkan kecemerlangan yang dicapai bukan hanya tertumpu kepada keputusan peperiksaan.

Secara keseluruhan, SAS berjaya membawa pulang 13 anugerah dalam pengiktirafan berkenaan.

Terima sijil penghargaan dan wang tunai

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

Pencapaian tersebut mengukuhkan kedudukan SAS sebagai antara sekolah yang menunjukkan prestasi menyeluruh dalam pelbagai komponen penilaian yang ditetapkan.

Sebagai penerima Anugerah Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Keseluruhan 2025, SAS menerima sijil penghargaan bersama wang tunai berjumlah RM15,000.

Sekolah itu turut menerima piala iringan serta Piala Pusingan Tan Sri Abdul Rafie Mahat.

Pengiktirafan tersebut menjadi pencapaian penting buat warga SAS selepas bersaing bersama puluhan SBP lain dari seluruh negara untuk merebut gelaran berkenaan.

Dengan 13 anugerah yang diraih, kejayaan SAS menggambarkan pencapaian sekolah dalam pelbagai aspek yang merangkumi akademik, kokurikulum, pengurusan dan pembangunan murid.

Bagi edisi 2025, gelaran Anugerah Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Keseluruhan akhirnya menjadi milik Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Baca juga: Cemerlang PNGK 4.0 STPM, Atiqah Husna Dapat Tawaran Ke USM… Dr Asyraf Wajdi ‘Call’ & Terima Tajaan Penuh!

Sumber: Facebook Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×