Seorang wanita berusia 39 tahun maut selepas dipercayai menjadi mangsa tikaman 13 kali oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim, Kedah pada Isnin.
Baca juga: Nak Ambil Bola Yang Jatuh Dalam Longkang, Empat Kanak-Kanak Disahkan Meninggal Dunia
ISTERI JADI MANGSA TIKAMAN 13 KALI, SUSPEK SEMPAT MANDI, AMBIL ANAK

Gambar Sinar Harian: Seorang lelaki dipercayai sempat mandi sebelum mengambil anaknya daripada pengasuh dan menyerahkan kanak-kanak itu kepada kakaknya selepas disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali.
Suspek sempat mandi sebelum ambil anak
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 malam.
Suspek berusia 43 tahun itu yang juga penganggur hadir ke Balai Polis Lunas kira-kira 10 minit kemudian dan memaklumkan kepada polis bahawa dia telah menikam isterinya.
Menurutnya, lelaki itu dipercayai mandi terlebih dahulu sebelum pergi mengambil anak mereka yang berusia tiga tahun daripada pengasuh.
“Suspek kemudian menyerahkan kanak-kanak itu kepada kakaknya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Juru.
“Suspek turut memaklumkan kepada kakaknya bahawa dia telah menikam isterinya sebelum pergi ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri,” katanya.
Suspek turut menyerahkan sebilah pisau lipat yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, mangsa dibawa ahli keluarga ke Hospital Kulim sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam.
Baca juga: Kes Tik*m Pelajar Menengah Di Bandar Utama: Remaja Bebas Pertuduhan Bun*h Rakan Sekolah, Tak Waras
Tujuh tikaman di dada, lima di perut

Gambar Sinar Harian.
Siasatan awal mendapati suspek mengaku menikam isterinya sebanyak 13 kali.
Daripada jumlah tersebut, tujuh tikaman mengenai bahagian dada, lima di perut manakala satu lagi di rusuk kanan.
Kejadian dipercayai berlaku di bilik tidur utama yang didiami pasangan itu bersama anak mereka.
“Pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat kesan dipercayai darah pada cadar tilam, bantal, kepala katil dan beberapa barangan lain di atas katil.
“Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah turut hadir dan mengambil 11 sampel berkaitan kejadian,” katanya.
Menurut Syamsul, kejadian berkemungkinan berpunca daripada pertengkaran antara suspek dan mangsa akibat cemburu.
Suspek ditahan kira-kira jam 9 malam ketika berada di Balai Polis Lunas.
“Sebilah pisau lipat berukuran kira-kira 20 sentimeter dirampas sebagai barang kes.
“Temu bual awal bersama jiran mendapati mereka tidak mendengar sebarang pertengkaran dipercayai disebabkan hujan lebat ketika kejadian,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Sinar Harian
