Euforia Bola 2026
Sihat

“Ingatkan Tukang Masak Terulung…”- Rupanya ShafiqCute Pegawai Forensik DNA, Kongsi Kos & Cara Buat Ujian Ketika Isu Curang Tengah Hangat

ujian DNA

Sejak beberapa kes tular membabitkan isu curang dan pendedahan keputusan ujian DNA, semakin ramai rakyat Malaysia ingin mengetahui bagaimana prosedur sebenar untuk melakukan ujian tersebut.

Tidak hairanlah seorang Pegawai Forensik DNA, yang juga pempengaruh media sosial dikenali sebagai ShafiqCute, menerima pelbagai pertanyaan mengenai proses, syarat dan kos ujian DNA.

Baca juga: Jadual Fasa Pasport Baharu Dah Keluar, Semak Tarikh & Senarai Pejabat Terlibat

ILMU MENARIK UJIAN DNA TAK RAMAI YANG TAHU

ujian DNA

Gambar IG shafiquecute_official: Shafiq yang selalu memuat naik resipi dan video masakannya di media sosial.

Ujian DNA perlukan perbandingan antara dua individu

Menerusi hantaran di Threads, Shafiq atau pemilik akaun @shafiquecute_official menjelaskan beberapa perkara penting yang sering disalah faham orang ramai, termasuk jenis sampel yang diperlukan serta situasi yang membolehkan ujian DNA dilakukan.

Menurut Shafiq, ramai menyangka ujian DNA boleh dilakukan hanya dengan sampel daripada seorang individu. Hakikatnya, ujian DNA merupakan ujian perbandingan antara dua profil DNA bagi menentukan hubungan biologi.

Sebagai contoh, jika seseorang ingin mengetahui sama ada seorang kanak-kanak benar-benar anak kepada seorang lelaki, kedua-dua individu tersebut perlu menyediakan sampel darah masing-masing.

“Kalau kita mahu tahu betulkah si Abu ialah anak kepada si Ali, sampel darah si Abu dan si Ali perlu ada. Tidak boleh hanya seorang sahaja yang memberikan sampel,” jelasnya.

3 JENIS UJIAN DNA YANG DITAWARKAN

Shafiq turut berkongsi tiga jenis ujian DNA yang boleh dilakukan di Jabatan Kimia Malaysia mengikut tujuan pemeriksaan.

  1. Ujian paterniti: Menentukan hubungan antara bapa dan anak dengan menggunakan sampel darah kedua-duanya.
  2. Ujian materniti: Menentukan hubungan antara ibu dan anak menggunakan sampel darah kedua-duanya.
  3. Ujian kinship: Digunakan untuk menentukan hubungan adik-beradik kandung, yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga sampel.

Menurutnya, bayaran bagi ujian tersebut ialah RM1,500 untuk dua sampel, manakala RM200 dikenakan bagi setiap sampel tambahan.

Perkhidmatan ini boleh didapati di Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya (Ibu Pejabat), Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Terengganu dan Kuching.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mengaku baru mengetahui Shafiq sebenarnya merupakan seorang Pegawai Forensik DNA, selain dikenali sebagai pencipta kandungan masakan di media sosial.

Baca juga: Macam Filem Fiksyen! Angkasawan Kongsi Foto Memukau Kilauan Aurora Selatan Dari Angkasa, Ramai Tergamam!

ujian DNA

Gambar hiasan: Gemini AI

SOALAN WARGA MAYA YANG PENUH TANDA TANYA

Rambut di lantai tak semestinya boleh buat ujian DNA

Perkongsian itu turut dihujani pelbagai soalan daripada warga maya, termasuk dakwaan dalam drama yang sering memaparkan rambut atau berus gigi digunakan secara senyap-senyap untuk mendapatkan DNA seseorang.

Menjawab persoalan itu, Shafiq menjelaskan rambut yang ditemui di lantai, bantal atau tilam lazimnya tidak sesuai digunakan. Menurutnya, rambut perlu dicabut dan masih mempunyai akar kerana bahagian itulah yang mengandungi DNA yang sesuai untuk ujian.

Boleh buat ujian ketika bayi masih dalam kandungan?

Turut menjadi perhatian ialah persoalan sama ada ujian DNA boleh dilakukan terhadap bayi yang masih berada dalam kandungan.

Menurut Shafiq, ujian itu tidak digalakkan kerana berisiko kepada ibu dan bayi. Justeru, beliau menasihatkan supaya ujian DNA dilakukan selepas bayi dilahirkan bagi mengurangkan risiko.

Setitis darah pun sudah mencukupi

Satu lagi fakta yang mengejutkan ramai ialah jumlah sampel darah yang diperlukan sebenarnya sangat sedikit.

Menurut Shafiq, setitis darah sahaja sudah mencukupi untuk tujuan ujian DNA, bergantung kepada jenis pemeriksaan yang dijalankan.

Boleh walk-in, tetapi perlu bawa sampel sendiri

Menjawab soalan lain, Shafiq berkata orang ramai boleh har sendiri ke Jabatan Kimia Malaysia untuk membuat permohonan.

Bagaimanapun, mereka perlu membawa sampel masing-masing kerana pihak jabatan hanya menerima sampel dan tidak mengambil sampel bagi pihak pelanggan.

Baca juga: Macam Siaran TV Betul! Pelajar SMK Derma Buat ‘Live Stream’ Bola Sepak Dengan Kelengkapan Penyiaran Taraf Profesional

Sumber: Threads shafiquecute_official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×