Suami Isteri

Mengikut Kajian Suami Curang Lebih CEPAT MATI & Ini Sebabnya, Awas Ya Abang!

37
SHARES
suami curang

Perkongsian seorang wanita, Rohana Saad, yang mengatakan suami curang lebih cepat mati telah berjaya menarik perhatian netizen. Bak kata pepatah Melayu, kalau tiada angin manakan pula pokok mahu bergoyang. Kalau diri tak mencari orang ketiga, manakan mahu curang itu terjadi sendiri.

Jadi, betul ke suami curang risikonya lebih cepat mati? Mari ikuti penulisan Rohana yang memberi pandangan mengenai isu curang yang kian menjadi-jadi.

Baca juga: Geram Suami Tak Bantu Urusan Rumah, Isteri Cuba Buat 8 Tips Ini, Harap Menjadi!

SUAMI CURANG

suami curang

Gambar: Rohana Saad

BAIK KAU SETIA JE!

Dah berpunya tapi melayan. Dah tersuka dikatakan takdir Tuhan. Ini bulls*** kau tahu tak?.

Setia atau curang, bukan bergantung pada lelaki atau perempuan tapi bergantung pada akal fikiran. Curang itu pilihan bukan kesilapan, jadi jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan takdir.

Kita nak sesuatu pun atas pilihan kita sendiri dan kemahuan diri sendiri.

  • Kalau kau pilih untuk setia, kau tak akan berani mendua
  • Kalau nak setia, duduk jauh pun tetap setia. Kalau nak curang, duduk sebelah pun boleh curang
  • Kalau isteri dah “perfect” pandai masak, pandai jaga suami dan anak-anak, tapi kalau suami nak curang, dia curang juga

Bila suami sakit, isteri sibuk nak jaga dia. Bila isteri sakit, suami sibuk nak cari penganti dia, betulkan? Jadi suami ini, jangan sesekali curang dengan isteri, sebab bila kau curang…dia tak akan sama macam dulu lagi.

Baca juga: Anak Sulung Luah Rasa Terabai Atas Lukisan, Ibu Luluh Hati Menangis!

Susah nak mencantumkan semula hati pasangan yang telah hancur

Kenapa curang? Sebab ingat akan dapat yang lebih baik?

Tak. Sebenarnya bila kau curang, kau akan kehilangan seseorang yang sememangnya cuba menjadi terbaik untuk kau. Tapi kau tamak. Nak juga cari lain.

Susah nak cantumkan hati isteri yang telah hancur. Nak dia layan kau macam dulu pun susah.

Jadi, jangan cuba-cuba untuk curang. Hati yang terluka tak mungkin kembali seperti asal, beringat-ingatlah. Bukan mudah untuk merawat luka, kalau sembuh sekalipun parutnya tetap ada.

Baca juga: Suami Rajin Uruskan Anak Bukan Tanda Dibuli & Isterinya Pemalas, Tapi…

Suami curang lebih cepat mati – kajian

suami curang

Gambar: freepik

Mengikut kajian, suami curang lebih cepat mati. Kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung.

Curang perlu bekerja keras, kena padam mesej, lock phone dan kena fikir ayat-ayat untuk menipu. Terlalu susah untuk curang, baik setia je.

Baca juga: 5 Manfaat Memegang Payudara Yang Dirahsiakan Wanita, Terutama Bila Dibelai Dengan Urutan!

Jangan kejar kesempurnaan, tetapi baikilah perhubungan

Pada suami diluar sana dan bakal suami, tolong laaaaa fikirkan hati dan perasaan isteri korang. Sebelum ada hati nak cari lain.

Ingatlah masa susah dulu sama-sama, masa dah senang apa pasal pulak nak bagi isteri kau madu?

Tidak semua suami adalah sampah dan tidak semua wanita juga adalah suci tanpa pernah melakukan kesilapan. Hakikatnya, segalanya bergantung kepada diri sendiri. Jangan terlalu mencari kesempurnaan, baikilah perhubungan.

Bagi si perempuan yang menjadi orang ketiga, sailang hak orang pun pilihan. Kau dah tahu orang tu suami orang, kau boleh je tak melayan. Kau boleh je jauhkan diri.

Tapi kau tetap memilih nak membina bahagia atas derita orang lain. Jangan risau, kifarah kejap sahaja sampai.

Semoga pandangan penulis asal, terkandung nasihat yang boleh diambil secara positif oleh para pembaca.

Baca juga: 20 Negara Dengan Ukuran Zak** Paling Besar Dunia, Malaysia Di Kedudukan Ini!

Sumber: Rohana Saad / NBC News

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×