Deko & Hias

Geram Suami Tak Bantu Urusan Rumah, Isteri Cuba Buat 8 Tips Ini, Harap Menjadi!

46
SHARES
tips hubungan suami isteri

Keseimbangan tugas rumah tangga adalah hal yang penting dalam mempertahankan hubungan suami isteri yang sihat dan harmoni. Namun, ada situasi di mana suami enggan membantu dengan tugasan rumah. Tips hubungan suami isteri dikongsikan ini mungkin dapat membantu dilema anda!

Hal ini kerana, bagi isteri sikap suami yang sebegitu boleh menjadi sumber kekecewaan dan tekanan tambahan. Jadi, mari ikuti 8 tips menghadapi suami yang tidak mahu membantu dalam urusan rumah tangga.

Baca juga: Anak Sulung Luah Rasa Terabai Atas Lukisan, Ibu Luluh Hati Menangis!

TIPS HUBUNGAN SUAMI ISTERI

tips hubungan suami isteri

Gambar: copyrightshutterstock/PR Image Factory

CARA MENGHADAPI SUAMI TAK MAHU BANTU URUSAN RUMAH TANGGA

1. Bercakap secara terbuka dan jujur

Ajak papa bercakap secara terbuka tentang perasaan mama mengenai pembahagian kerja rumah tangga. Jelaskan betapa pentingnya kerjasama dan sokongan dari kedua-dua pihak untuk menjaga rumah tangga yang harmoni.

2. Komunikasi efektif

  • Pilih masa yang sesuai dan suasana tenang untuk berkomunikasi
  • Gunakan bahasa yang sopan dan elak menyalahkan
  • Fokus pada perasaan mama dan cara mama ingin bekerjasama sebagai satu pasukan.

3. Ajak suami untuk turut serta

Libatkan suami mama dalam proses menentukan tugas rumah tangga yang perlu dilakukan dan bagaimana tugasan ini boleh dibahagikan dengan adil. Menyediakan pilihan dan peluang untuk papa menyumbang.

4. Jadualkan waktu bersama

Jadikan rutin untuk melakukan kerja rumah bersama dengan mewujudkan jadual tugasan rumah. Sebagai contoh, ajak papa membantu membersihkan dapur selepas makan malam atau membersihkan rumah pada hujung minggu.

Baca juga: Luar Biasa! Makan Nanas Rupanya Boleh Tingkatkan Reproduktif Lelaki

Baca juga: 3 Gerakan Jari ‘Fingering’ Di Miss V Isteri, Suami Kena Bijak Jelajah Area Ini!

5. Beri penghargaan dan pujian

tips hubungan suami isteri

Gambar: freepik

  • Hargai usaha dan sumbangan papa dalam membantu rumah tangga
  • Beri pujian dan penghargaan atas setiap usaha yang dilakukannya

6. Jadilah contoh yang baik

Tunjukkan contoh positif dengan menjalankan tugas rumah tangga secara aktif dan tunjukkan bahawa kerjasama dalam keluarga adalah perkara yang wajar dan dihargai.

7. Bicarakan tentang impaknya

Bincangkan kesan negatif ketidakseimbangan dalam tugas rumah tangga terhadap kesihatan dan perhubungan anda. Terangkan betapa pentingnya suami mama untuk terlibat dalam menguruskan rumah tangga.

8. Bekerjasama dalam mencari solusi

Ajak suami berkolaborasi dalam mencari penyelesaian yang sesuai untuk pengagihan tugas rumah yang lebih adil dan cekap.

Baca juga: Sedih Ada Yang Kata Suri Rumah Hanya Goyang Kaki, Bertenang Ini Kunci Untuk Rasa Positif

Sumber: Nakita Grid ID

FT Image: copyrightshutterstock/JR-50

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×