Asuh

Begini Caranya Urus Kain Baju Menimbun Untuk Anak Ramai, Tips Dari Mak Kepada Para Emak!

8
SHARES
tips urus kain baju

Masalah kain baju bertimbun tidak akan pernah selesai sekiranya tiada tindakan yang diambil. Lagi-lagi buat anda yang mempunyai ahli keluarga ramai. Justeru itu, tips urus kain baju menimbun yang dikongsikan seorang emak bernama Syikin Zahir ini pastinya boleh membantu para emak di luar sana.

Jom baca!

Baca juga: 7+ Tips Beli BAJU RAYA BAYI Lelaki & Perempuan, Anak Selesa Mama Papa Pun Bahagia~

TIPS URUS KAIN BAJU MENIMBUN

tips urus kain baju

Gambar: user15285612

Tips urus kain baju menimbun untuk mak-mak

Jadi seperti yang cikgu janjikan, cikgu nak kongsikan cara uruskan baju anak-anak 4 orang itu.

Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Baju tidur, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12 pasang sehari.

Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain..haaa..kira..kira.. Kan bertimbun jadinya.

Ini semua akan mengganggu mental dan emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stres, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati (mak-mak saja memahami situasi begini).

Jom tengok nak uruskan macam mana. 

Baca juga: MINYAK KUIN Cara Orang Dulu Cat & Rawat Dinding Kayu Rumah Kampung, Lambat Reputnya!

Langkah pertama

tips urus kain baju

Gambar: Syikin Zahir

  • Sediakan bakul untuk setiap anak
  • Tulis nama di bakul agar anak tahu itu bakul siapa
  • Jangan beli bakul besar cari yang sederhana aja. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nantilah lipat” akan menggunung jua.

Kalau kita tak sempat nak lipat pun, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.

Percaya tak, bagi setiap bakul itu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pon. Kenapa?

  1. Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejuk hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.
  2. Pengkhususan: Pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yang sama. Ini semua menjimatkan MASA.
  3. Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tahu berapa bakul yang belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2. Sekali lagi, PSIKOLOGI…kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.
  4. Motivasi. Yesss, tinggal satu bakul je belum lipat? Maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun. Mak stres nampak banyak sangat nak lipat!

Mak-mak ini banyak bermain dengan mental dan emosi kan…

Baca juga: Mulianya Wanita Berpendidikan, Belajar Tinggi Tapi Rendah Diri Masuk Dapur Demi Keluarga!

Langkah terakhir

cara lipat baju jimat ruang

Gambar: Syikin Zahir

Cara susun baju dalam almari anak yang cikgu jumpa dalam Facebook, lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih. Sekarang dah pandai susun begini, anak-anak pun senang nak pilih baju sendiri.

Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tahu-tahu dah tak muat. Lama sangat dalam almari dekat lapis paling bawah.

Baca juga: Betulkan Mentaliti, Kerja Rumah ‘Beban’ Bersama & Buatlah JADUAL, Bukan Tugas Isteri Semata

Cara susun baju yang seragam

mesin lipat baju

Gambar: Syikin Zahir

Yang ini saja cikgu susun berlapis. Hero 3 orang itu banyak baju yang seragam. Mana yang seragam saja cikgu susun berlapis begini. Nak pakai seragam, tarik je. Takyah buka sampai 3 laci.

Jadi, itu saja tips yang cikgu nak kongsikan memandangkan cikgu urus segala perkara sorang diri, tak ada bibik, anak 4, kerja office hour, shaklee 24 jam.

Emosi pon tak terganggu. Kita jadi mak-mak yang sistematik saja. Esok pergilah beli bakul hehehe. Itupun kalau tips ini sesuai dengan puan-puan.

Terima kasih sudi baca sampai habis. Tips dari mak kepada mak.

Baca juga: Ambil 3 Pendekatan Ini Buat Keluarga Yang Hadapi Dilema Anak Ramai, Baru Harmoni!

Sumber: Syikin Zahir

FT Image: Syikin Zahir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×