Deko & Hias

Dah 14 Tahun Guna, Dapur Wanita Ini ‘Maintain’ Kemas, Bersih & Masih Nampak Baru!

46
SHARES
tips dapur kemas

Siapa yang tidak menginginkan keadaan rumah yang bersih dan sejuk mata memandang terutamanya, di kawasan dapur yang mempunyai keberangkalian tinggi untuk kotor apabila kerap digunakan. Namun, siapa sangka dapur yang kemas dan elok terjaga mampu dicapai di dapur Puan Jenn Lee Goldfish, biarpun sudah 14 tahun menetap di kediamannya itu. Mari lihat tips dapur kemas yang dikongsikan Jenn di bawah!

Baca juga: Bukan Saja Cantik Dipandang, Ini 7 Jenis Bunga Boleh Dimakan (Edible Flowers)!

TIPS DAPUR KEMAS, BERSIH & CANTIK

tips dapur kemas

Gambar: Jenn Lee Goldfish

Kelmarin saya pos dapur saya yang belum siap kan? Ramai yang rasa cantik, tapi saya mahu kongsi dengan kamu macam mana mahu jaga dapur. Gambar ini adalah rumah saya sekarang yang sudah 14 tahun saya tinggal. Masih bebeh juga kan?

Tiada barang di atas kabinet kecuali sudu dan garfu

tips dapur kemas

Gambar: Jenn Lee Goldfish

Saya tidak suka simpan banyak barang di atas, semua dalam kabinet termasuklah gula, garam, kicap dan minyak masak. Tiada yang berada di luar kecuali sudu garfu. Haram sekali untuk berada di atas meja dapur.

Mungkin kamu akan cakap ehh si Jenn tidak masak di rumah. Laki saya masak selalu. Tapi dia pun terikut sudah gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja.

Baca juga: Ini 9 Idea Pilihan Warna Sejuk Untuk Bilik Tidur, Barulah Lena & Tenang Mata Memandang!

Plastik terpakai dilipat kemas

Plastik terpakai jangan main sumbat sahaja, lipat cantik-cantik dan masuk 1 bekas. Ini perlu dijadikan aktiviti keluarga. Ajar anak-anak tolong lipat.

Biasakan lap dapur gas & mop lantai lepas guna dapur

tips dapur kemas

Gambar: Cerek ni kena kilatkan setiap minggu. Mesti belajar jadi pembersih. Baru rezeki masuk. – Jenn Lee Goldfish

Lepas masak jadikan tabiat untuk mop lantai, lap gas memasak sampai kilat. Piring mangkuk, lepas makan kena terus cuci, tiada orang lain akan tolong cuci. Siapa makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.

Lapik meja pilih corak yang selesa mata melihat

Kalau dapur kamu lapik mejanya pakai tikar getah, pilih yang tiada corak atau pilih yang corak marble supaya dapur kamu nampak selesa dan tidak sesak.

Jangan simpan langsir warna terang di dapur. Pakai warna putih kalau mahu ada langsir supaya dapur nampak luas. Dapur saya tiada langsir supaya senang mahu tengok Ponti**** di luar waktu malam.

Baca juga: Ini 9 Cara Halau AGAS Jimat Bajet, Badan Pun Tak Menggaru Gatal & Merah Lagi!

Kain lap meja sediakan lebih, basuh dan lipat

tips dapur kemas

Gambar: Kain lap meja yang kering kena lipat begini. Happy saja hati bila masuk dapur. – Jenn Lee Goldfish

Kain lap meja jangan sesekali berhambur. Belilah kain yang cantik sikit harga RM4 di Mr. DIY ada 3 helai itu. Lepas lap, keringkan di luar rumah, jangan simpan berlonggok di mana-mana bahagian dapur.

REZEKI SENANG MASUK BILA JAGA KEBERSIHAN

Walaupun hidup kami sederhana, hati senang bila barang tidak banyak berhambur. Rezeki senang masuk, laki bini jarang berselisih faham sebab ong lai lai.

Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur dengan barang-barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang 3 plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more.

Baca juga: 5 Tips Berkesan & Murah Buang Cacing Bilik Air, Tak Takut & Rasa Geli Dah!

Sumber: Jenn Lee Goldfish

FT Image: Jenn Lee Goldfish

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×