Deko & Hias

Tips Ubah Rumah Banyak Barang Jadi Minimalis, Barulah Sedap Mata Memandang!

6
SHARES
tips rumah minimalis

Rumah bila ada banyak barang, bebanan mengemas sudah pasti akan jadi lebih banyak juga. Justeru itu, penulis kongsikan tips rumah minimalis sekiranya anda sudah mula berminat untuk menghias ruang rumah dengan konsep simple but nice.

Perkongsian dari blogger Susun Atur Sioca ini amat berguna sebagai panduan kepada individu yang mempunyai rumah. Paling penting anda perlu mempunyai azam yang kuat untuk ‘mensisihkan’ barang supaya tidak timbul perasaan sayang sewaktu proses pengasingan dilaksanakan.

Baca juga: Pakar Kongsi 11 Tips Transformasi Rumah Banyak Barang, Baru Luas & Kemas Jadinya!

TIPS RUMAH MINIMALIS

tips rumah minimalis

Sebelum rumah saya minimalis, barang di rumah banyak jadi sepah pun banyak kena kemas pun banyak. Kita pula sibuk macam-macam.

Maka timbul kesedaran nak let-go barang. Mula barang-barang besar seperti rak, almari, meja dan lain-lain. Hingga yang kecil-kecil seperti pasu bunga, frame, pinggan mangkuk dan banyak lagi.

Sisih sampai macam baru pindah rupanya. Sampai rumah under control semula dengan bonus:

  • less maintenance
  • sepah tak teruk sangat
  • tak asyik sepah
  • bila sepah senang kemas

Taklah 24 jam sempurna tapi JAUH LEBIH BAIK. Walaupun belum fully minimalis, tapi prosesnya on-going.

TIPS UBAH RUMAH JADI MINIMALIS

Apa kita buat?

tips rumah minimalis

  1. Tak beli barang yang tiada keperluan dan tempat simpan. Walaupun suka sangat.
  2. Tak tukar perabot dan langsir, akan pakai hingga lunyai. 
  3. Menyisih barang secara berkala. Sekali sisih, penuh bonet.
  4. Suka kabinet bertutup (close concept) untuk ‘sembunyikan’ sepah yang mungkin berlaku. Boleh perlahan-lahan kemas sambil overall view masih under control.
  5. Amat suka sistem baju bergantung, jimat masa mengurus baju.
  6. Bersedia ubah sistem bila tak kena cara. Sistem berubah sesuai usia anak.
  7. Suka lantai yang lapang.
  8. Suka dinding yang lapang.
  9. Suka table top yang lapang.
  10. Akan pastikan barang tak melebihi had simpanan (cadar 6 je, tuala 10, telekung 8 dan lain-lain). Bila lebih, kita sisih.
  11. Suka susun atur barang di satu tempat (one-stop-centre), senang cari dan guna.
  12. Suka keseragaman terutama bekas-bekas storan. Selain nampak elok, senang nak maintain.
  13. Terbiasa buat pembahagian ruang seperti di dapur, di bilik, dalam kereta, dalam handbag dan sebagainya. Nak cari barang senang, nak kemas pun senang.
  14. Jika ada ahli keluarga yang tak letak barang lepas guna, kita biar ‘pesalah’ meletakkan kembali ke tempat asal (disiplinnya dah guna MESTI letak semula).

tips rumah minimalis

Namun, saya maklum nak uruskan rumah mungkin cabaran besar terutama ibu beranak kecil. Tak sempat nak ngadap rumah, ngadap anak sahaja dah seharian. Ini banyak saya dengar masalah kawan-kawan. Saya pun lalui benda yang sama.

Apa yang saya share mungkin sebab saya dah lalu garis masa tersebut macam masa anak-anak kecil dan sekarang pun masih (yang kecil 6 tahun). Kita nak lalu garis masa ini dengan keyakinan setiap kesabaran tidak sia-sia di sisi Dia.

Sabar anak-anak buat sepah,

Sabar tiada masa nak kemas,

Sabar lepas-kemas-sepah-balik, lepas-kemas-sepah-balik,

Sabar keluarga belum disiplin juga,

Sabar belaka.

Tengok rumah orang mewah pun sabar juga. Pergiat usaha bukan untuk rumah dunia tapi rumah akhirat. Jangan dunia rumah tak best, akhirat pun rumah tak best. Rugi kuasa berapa tu.

Lepas sabar, jangan merungut. Sabarlah dengan sabar yang cantik. Walaupun ada jazu’a (70:20), iaitu mengeluh ketika ditimpa kesusahan, Allah bagi solution dan motivasi (70:22-35).

Ini yang nak kejar kerana dunia pada akhirnya tidak lebih dari mencelup tangan di laut, yang tinggal di jari itu dunia dan seluas lautan itu akhirat. Bersusah payahlah untuk perkara yang betul.

Sumber: Facebook Susun Atur Sioca

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×